Tuesday, December 9, 2014

BETUL KE AZMIN TERLIBAT DALAM ISU PEMBATALAN GELARAN 'DATUK SERI' TERHADAP ANWAR??

SELASA, 09 DIS 2014
INI bukan fitnah atau rekaan dari IBM. Ianya datang dari mulut keluaraga depa (PKR) jugak. Biasalah tu bila tiada lagi jawatan dalam parti dan kena tendang pulak tu, maka cerita-cerita atau kebenaran akan keluar. Segala tembelang, kejahatan ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin mereka akan di bongkar. Itulah yang terjadi didalam PKR sekarang ini apabila ahli PKR yang digantung Badrul Hisham Shaharin@Chegubard  semalam mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyokong tindakan istana untuk membatalkan gelaran 'Datuk Seri' yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ini kerana Azmin adalah ahli Dewan Diraja Selangor yang membuat keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu. Baginda membuat keputusan secara demokrasi, baginda membawanya kepada Dewan Diraja Selangor dan ia telah memutuskannya sebulat suara. Siapakah ahli dewan itu? ...lain tak bukan ialah orang yang duduk di sebelah Sultan adalah Azmin Ali selaku Menteri Besar, katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Isnin. 

Kalau benar apa yang didakwa, itu adalah satu tamparan besar buat Anwar. Mana kesetian Azmin terhadap Anwar selama ini? Sementara itu, Pejabat Menteri Besar ketika dihubungi berkata enggan mengulas berhubung dakwaan itu hari ini. Apabila pejabat Menteri Besar tidak membuat sebarang ulasan, maknanya ada kebenarannya apa yang disuarakan oleh Chegu Bard. Bagi pandangan peribadi IBM sebagai penulis blog, elok benarlah tu. Azmin anak emas Anwar. Anwar percaya 100% apa yang Azmin cakap. Maka, tak hairanlah jika Anwar menganggap perkara tersebut adalah satu fitnah dan cubaan untuk merenggangkan beliau (Anwar) dengan Azmin. W'ema apa yang terpahat di dalam hati Anwar, bagi IBM, Azmin sudah mula menunjukkan taring beliau sebaai Menteri Besar Selangor dan beliau mempunyai kuasa. 

Jika beliau (Azmin) menyingkir dan menarik balik jawatan 'punahsihat' negeri Selangor dari Anwar, apa Anwar boleh buat? Tapi...demi kesetian dan terhutang budi Azmin kepada Anwar, perkara tersebut tidak akan terjadi. Azmin terlalu sayangkan Anwar sehingga sanggup menyerahkan isteri beliau kepada Anwar. Itu mengikut sumber yang IBM dapat (cerita lama). Betul ke tidak itu bukan urusan IBM. Biarlah rahsia itu mereka bertiga sahaja yang tahu, dan akibatnya terimalah di akhirat nanti. Didunia boleh terlepas, tapi menjawab di sana nanti. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...