Tuesday, December 23, 2014

MALAYSIA SASARAN PENGGANAS? PDRM NAFIKAN...ITU HANYALAH KHABAR ANGIN!!

SELASA, 23 DIS 2014
SIAPALAH haram jadah yang menabur khabar-khabar angin yang mana perkhabaran yang seperti ini boleh mencetuskan kebimbangan rakyat jelata dan juga para pelancong dari luar negara. Apa faedahnya yang mereka dapat apabila menyiarkan berita palsu ini? Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas nanti. Tapi, cukupkah hanya setakat menafikan dan tidakkah pihak polis cuba menyiasat siapakah dalangnya dan motif si penyebar khabar khabar angin tersebut? Kenapa pihak Polis memandang ringan akan hal tersebut? Mengikut kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad bahawa khabar angin itu yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp adalah palsu. Sebaran maklumat melalui Whatsapp itu meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat beli-belah dan tempat-tempat awam buat sementara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, katanya dalam satu kenyataan.

Asmawati berkata maklumat itu turut mendakwa kerajaan telah mengeluarkan amaran berhubung perkara itu dan meminta agar orang ramai berwaspada. PDRM menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya serta tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu tersebut kerana tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kualiti hidup masyarakat seharian. Habis, kalau begitu, bertindaklah, carilah orang yang bertanggunjawab tersebut, jangan asyik beri 'amaran' sahaja. Bagaimana kalau perkara tersebut benar-benar berlaku, siapa yang nak bertanggungjawab? Fikir-fikirkan, kerana sejak ujudnya 'internet' di negara ini, banyak buruk dari baiknya. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...