INI bukan gula-gula daripada Barisan Nasional (BN). Tapi, ianya adalah berita gembira yang di khabarkan oleh Kerajaan untuk di kongsikan oleh seluruh rakyat di negara ini. Syukur alhamdulillah, harga minyak dunia dijangka terus turun sehingga Januari depan berdasarkan trend penurunan dalam tempoh minggu pertama Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, maklumat yang diperoleh menunjukkan purata harga mingguan minyak dunia menurun dan memungkinkan bahan api jenis RON97, RON95 dan diesel di negara ini diruncitkan pada harga yang lebih rendah. Mengikut trend seminggu ini, RON95 akan turun lagi, RON97 akan turun lagi, diesel mungkin akan turun lagi daripada RM2.23 sekarang, katanya selepas memberi taklimat berhubung Bajet 2015 di sini, Isnin.Katanya, rakyat sepatutnya telah memperoleh manfaat daripada kejatuhan harga minyak jika komuniti perniagaan mengambil langkah susulan untuk menurunkan harga barangan keperluan.
Rakyat di luar sana menanti. (Apabila harga) minyak naik (komuniti peniaga) terus naik (harga barangan). (Apabila) minyak turun, (harga barangan) tak turun turun (lagi), katanya. Ahmad berkata, penurunan harga RON97 telah menyebabkan peningkatan permintaan yang mendadak terhadap minyak itu di negara ini. Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujud pihak tertentu yang cuba membeli minyak tersebut dalam jumlah yang banyak untuk tujuan disimpan dan dijual semula sekiranya harga meningkat pada masa depan. Menurutnya berikutan pengumuman penurunan harga minyak itu pada 1 Disember lepas, permintaan untuk petrol RON97 di negara ini telah meningkat sebanyak lima kali ganda. Dengan itu, IBM yakin, pembangkang akan terus mempertikai dan menuduh berbagai tuduhan dan akan membuat fitnah kononnya penurunan harga minyak itu hanyalah bersifat sementara. Mereka akan cuba menabur fitnah bahawa pengumuman tersebut adalah bersifatkan 'gimik politik' dan ianya untuk menambat hati rakyat supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 akan datang.
Sudah menjadi lumrah pembangkang, apa sahaja kebaikan yang kerajaan buat, memang tidak berkenan di mata mereka. Semua yang kerajaan buat tak betul, mereka sahajalah yang betul. Bagi IBM, persetankan dengan pembangkang. Rakyat harus terus memberi sokongan yang padu bagi BN untuk terus menerajui negara ini. IBM tahu, ini bukan masanya untuk berkempen, tapi, ianya sekadar mengingatkan kepada semua supaya belajar melafaskan ucapan 'terima kasih' kepada kerajaan. Hargailah, hormatilah apa yang kerajaan telah buat untuk kita. Terima kasih juga kepada Tim. Menteri Kewangaan, Datuk Ahmad Maslan di atas penggumman tersebut. Kertajaan BN memang prihatin. Wassalam ~ IBM