IBM bukan nak merendah-rendahkan pentadbiran Universiti Malaya, iaitu Universiti tertua di Malaysia. Tapi, yang menghairankan IBM mengapa hukuman yang dikenakan terhadap budak sial Fahmi Zainol itu dan rakan-rakannya yang lain begitu rengan. Alahai, apa ada dengan pengantungan 2 semester dan denda RM600? Setimpal ke dengan perbuatan melampau si Fahmi yang membawa Anwar al-jub masuk ke kempas bagi tujuan politik beliau? Apabila IBM terbaca di sebuah portal pembangkang yang mana bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol digantung pengajian selama 2 semester dan didenda sebanyak RM600, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. IBM rasa hairan bercampur ajaib. Mana silapnya? manakala Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda sebanyak RM300. Prosiding tatatertib itu juga menyaksikan Abraham Au digugurkan pertuduhan dan Khairul Najib Hashim diberi amaran. Adil ke ini? Akan naik tocang le lagi mahasewel ni.
Pada 7 November lalu, UM memulakan prosiding tatatertib pertama terhadap Fahmi dan 7 rakannya kerana membawa masuk Anwar tanpa kebenaran pihak pengurusan UM. Pada 27 Oktober lalu hampir 2,000 mahasiswa UM merempuh pagar untuk membawa masuk Anwar selepas pihak pentadbiran Universiti mengambil keputusan mengunci kampus bagi menggagalkan program tersebut. Manakala empat yang lain iaitu Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran. Sementara itu Fahmi yang ditemui selepas prosiding tersebut berkata agak kecewa dengan keputusan panel disiplin UM yang diketuai Profesor Dr Zanariah Abdullah kerana tidak adil dan menyekat kebebasan bersuara. Sejurus selepas mengumumkan keputusan prosiding dengan hukuman, kami meminta supaya dipertimbangkan peperiksaan semester yang akan bermula selepas 14 hari nanti. Namun mereka tidak mengendahkan permohonan kami. Menurut berita, beliau dan Safwan diberi masa 14 hari berkuatkuasa serta merta untuk mengemukakan rayuan kepada naib canselor atau Menteri Pendidikan untuk dibebaskan, katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Perdanasiswa UM.
Bagaimanapun Fahmi terkejut kerana UM tidak membuangnya dan yang lain daripada universiti. Hukuman ini tidak ada apa-apa, kecil bagi beliau. Namun apa yang lebih penting memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa. Bukan untuk kami tapi generasi akan datang. Ia harus diubah, katanya. Fahmi yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial berkata tidak akan teragak-agak membawa kes ini ke mahkamah. Namun Fahmi berkata, mereka akan membuat rayuan di universiti terlebih dulu. Mereka sudah menyiapkan draf surat rayuan dan akan mengesahkan kandungan surat itu dalam mesyuarat pagi esok sebelum diserahkan kepada Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. Mengikut kata Fahmi, mereka akan meletakkan percanggahan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dengan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 yang menyekat kebebasan pelajar. Mereka juga akan memohon pertimbangan supaya dibebaskan daripada digantung semester dan denda supaya dapat menduduki peperiksaan semester, katanya.
Beliau bersama rakannya yang keluar dari bilik prosiding kira-kira jam 10.30 malam disambut penyokong mahasiswa UM8 termasuk aktivis Adam Adli Abdul Halim. Sementara itu, di fahamkan, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Profesor Dr Azmi Shahrom yang mewakili 8 pelajar tersebut berkata akan tetap bersama meneruskan perjuangan untuk mengugurkan hukuman pelajar terbabit di peringkat Universiti. Kita akan membuat rayuan untuk proses seterusnya kerana undang-undang ini tidak adil untuk mahasiswa. Menghalang kebebasan bersuara dan berkumpul yang mana fikiran beliau Malaysia adalah satu negara unik di mana anak yang pandai masuk Universiti tetapi mempunyai kurang hak bersuara berbanding mereka lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bekerja di Burger King, katanya.
Azmi turut menyokong sekiranya 8 mahasiswa tersebut mahu membawa kes ini ke Mahkamah. Sudah tentu beliau menyokong kerana ada daripada sudut Perlembagaan apa yang berlaku kepada mereka boleh ditentang, kata Azmi yang kini berdepan pertuduhan menghasut dan kemungkinan dikenakan 'akta hasutan'. Kalau difikir-fikirkan, memang mereka-mereka ini tidak pernah serik dan masih lagi ego. Memang tak tahu di untung. Sepatutnya, hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap mahasewel-mahasewel ini dan juga Pensyarah Fakulti Undang-Undang yang sama bersubahat. Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM