PADAN le muka korang (penduduk Kajang). Dulu semasa PRK Kajang, korang le yang beria-ia sokong Wan Aziziah@nenek kipas untuk jadi ADUN korang. Kononnya kesian. Dia boleh (Wan Azizah) boleh buat kerja, dia akan kotakan janjinya jika di pilih jadi ADUN. Sekarang apa sudah jadi? siapa yang kesian kat korang? Setiap kali 'banjir' ada nampak tak muka dan batang hidung si nenek kipas ni? Ada le kot sekali, sekali tu le kot. Kesian....Sabtu lalu penduduk bandar Kajang sekali lagi terpaksa menyingsing lengan dan melipat kaki seluar untuk berhempas pulas menahan air banjir yang melimpah ke dalam rumah serta kedai mereka. Namun mereka kecewa juga kerana harta benda mereka musnah bersama-sama dengan barangan peribadi serta barangan lain. Setelah air surut, pekan Kajang tidak lagi kelihatan seperti sebuah bandar dengan sampah sarap, lumpur dan segala jenis perabot berterabu di sana sini manakala penduduknya pula bertungkus lumus melakukan pembersihan. Bagaimanapun, dalam ramai-ramai orang itu hanya seorang sahaja tidak kelihatan, iaitu wakil rakyatnya yang juga bukan pendudukan bandar berkenaan.
Ini menyebabkan setiausaha perhubungan Negeri Selangor MCA, Ng Chok Sin menyoal sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail “melarikan diri” daripada tugas dan tanggung jawabnya, dalam komennya di sebuah portal tempatan. Dengan kerugian berjumlah dalam beribu-ribu ringgit, Ng mencabar Wan Aziziah supaya "menjadi penghuni Kajang" dan memastikan kehadirannya demi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kawasan dan bukannya muncul di skrin televisyen sahaja. Ng menuduh Wan Azizah berbohong secara terang-terangan dan berkata, Presiden PKR itu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini kerana Pakatan Rakyat sudah dua kali diberi mandat untuk mentadbir Kajang. Bercakap dalam satu kenyataan, Ng menambah, "menyalahkan kerajaan BN" yang lalu adalah taktik lapuk kerana Pakatan sudah mengemudi negeri ini hampir tujuh tahun. Sambil itu Ng mempersoalkan keikhlasan Wan Azizah untuk berkhidmat bagi rakyat Kajang dan Ng berkata, Wan Azizah mesti diperingatkan bahawa rakyat Kajang mahu wakil rakyat yang berkesan yang berupaya menjaga kebajikan mereka, dan juga mengenal pasti keperluan mereka. Bukannya seorang hiprokrit yang hanya bagus di pentas politik.
Sambil mengutuk Dr Wan Azizah hanya berminat duduk dalam sidang DUN kerana tujuan politik, Ng berkata: Jelas sekali Wan Azizah menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat untuk melonjaknya ke kerusi menteri besar. Apabila pelan itu gagal, beliau terus melupakan penghuni kawasannya. Apa boleh buat, itukan kehendak rakyat Kajang. Terima je le. Banjir ke atau apa pun musibah yang menimpa rakyat Kajang, terimalah adanya, jangan salahkan pulak wakil rakyat BN tak buat kerja. Korang (rakyat Kajang) yang tolak BN kan? Padan le muka korang. Pi lah cari nenek kipas tu sampai dapat. Bila korang jumpa dia (WAn Azizah) nanti dia akan menanggis berlinang dengan 'air mata' , dan korang akan cair dengan lakonanya kerana pemimpin 'Parti Anak Beranak' ni akan berdalih dan membuat seribu alasan. Huhuhuhu!...nasib..nasib le korang wahai rakyat Kajang. Wassallam ~ IBM