Tuesday, December 30, 2014

PENYEBAR BERITA PALSU DI MEDIA SOSIAL KINI DIBURU OLEH SKMM

SELASA : 30 DIS 2014
SIAP korang. Mana mahu lari.? Tak ada kerja lain ke korang ni? Daripada korang menaip, menulis yang bukan-bukan di media sosial seperti Facebook tu, lebih baik korang turun padang, tolong mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan. apa yang korang dapat daripada menyiarkan berita-berita palsu ni? Nak glamour?..nak jadi hero? silap tempat le korang. Kini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada pilihan dan akan menyiasat dua lagi kes penyebaran berita palsu menerusi aplikasi media sosial dan pesanan berhubung kejadian banjir di Pantai Timur. Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata kes pertama melibatkan berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan dan pihaknya telah mengenal pasti individu yang boleh membantu siasatan kes tersebut. Kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita, katanya dalam kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu bahawa Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh kelmarin, hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan semalam. Suruhanjaya itu kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Nasihat IBM kepada penyebar-penyebar 'palsu' ini, walaupun korang dah tutup laman sosial korang, atau menggunakan akaun atau nama palsu, pihak SKMM akan dapat mengesan korang juga. Cuma, lambat atau cepat sahaja.
Jadi, sebelum perkara ini berlarutan dan jadi panas, lebih baik korang serah diri dan meminta maaf kepada pihak yang berwajib kerana perbuatan dan laporan palsu korang tu boleh memudaratkan negara dan menyusahkan orang ramai. Bagaimana sekiranya ianya melibatkan kaum kerabat korang? Melenting tak? Jangan....jangan nak jadi hero dan popular di lama sosial atau semata-mata mencari keuntungan gara-gara di sogok atau dibayar oleh pembangkang. IBM tidak menuduh, tapi, berkemungkinan ianya boleh terjadi. Siapa tak nak duit kan? Faham-faham je le ye....Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...