Monday, December 29, 2014

URGENT!! SEMUA MENTERI YANG BERCUTI DILUAR NEGARA DIARAH PULANG SEGERA

ISNIN, 29 DIS 2014
KETIKA sedang negara di landa 'musibah' banjir yang 'luar biasa', mengapa harus Pak Menteri semua pergi bercuti, jalan-jalan cari makan di luar negara? Tak tahu ke negara sedang kritikal dan rakyat jelata menderita dan inginkan bantuan daripada semua pihak, termasuk juga para Pak Menteri semua. Janganlah seolah-olah semuanya lepas tangan. Pembangkang awal-awal lagi sudah 'melalak' bagai nak gila mengkritik apabila melihat Perdana Menteri kita bercuti dan bermain 'golf' di Hawai bersama dengan Presiden Amerika, Obama. Memang itulah kerja pembangkang, saban hari mencari salah dan silap para pemimpin BN tanpa usul periksa kenapa dan mengapa PM berada di luar negara. Apa, mereka ingat mereka (pembangkang) sahaja yang betul. Syukur allahamdulillah, Perdana Menteri (PM) sudah pulang ke tanah air, memendekkan percutian beliau dan terus mendampingai rakyat serta meninjau keadaan banjir di beberapa negeri. 

Anihnya, bila PM sudah kembali ke tanah air, tidaklah pulak ucapan 'terima kasih' mereka terhadap PM. PM telah mengumumkan peruntukan tambahan 500 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir dan PM juga mengumumkan bahawa bayaran bri1m 2015 akan dibayar awal bulan Januari ini bagi meringgankan sedikit bebanan kepada semua mangsa banjir. Itu pun masih tak berterima kasih (pembangkang). Walaupun keadaan terkawal, namaun PM beranggapan penglibatan para Pak Menteri yang sedang bercuti diluar negara amat-amat diperlukan. Maka, semua Menteri Kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi semalam dan Menteri-Menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali. Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir, katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, dekat sini, semalam. Terdahulu, DS Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford. Dalam pada itu, DS Najib berkata, situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir. Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi memboleh­kan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu. 
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata, beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik. Begitu jugalah keadaan pusat pemindahan yang beliau lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan beliau  ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama, katanya. Begitulah keadaan di negara kita bila dilanda bencana, semua agensi-agensi kerajaan, swasta, parti-parti politik kerajaan berkerjasama berganding bahu, tidak memilih bulu, cuma pembangkang sahaja yang masih 'mempolitikkan' masalah banjir ini demi untuk mendapat nama dan nak jadi hero konon, sehingga diberitakan pembangkang hanya menyeru ahli-ahlinya sahaja membuat solat hajat dan berdoa agar musibah banjir daspat pulih secepat mungkin. 

Tak payah IBM sebut parti politik mana, korang sendiri fikirkanlah sendiri. Sembayang (hajat) punya sembahyang, doa punya doa, Stadium negeri (gambar atas) yang mereka gunakkan untuk solat hajat habis tenggelam dibuatnya. Kan itu musibah (bala) namanya gara-gara doa yang tidak diterima oleh Allah SWT dari parti yang begitu angkuh, tinggi diri dan sombong. Akhirnya, rakyat yang merana. Jom kita TAKBIRRR! Wassallam ~ IBM

2 comments:

  1. Kalau aku DS Najib, aku akan buat macam apa Presiden Liberia buat waktu Ebola tengah merebak... bila dah dipanggil balik, kalau tak balik jugak pecat je semua menteri yang goyang kaki di luar negara sedang rakyat tengah perlu bantuan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Prince Rigty,

      Salam. Dengar cerita depa semua tu dh pun sampai kembali ke tanah air. Tgk besok atau lusa, depa turun padang tak?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...