Thursday, December 18, 2014

PENGILIBATAN PENJAWAT DENGAN OPERASI IS. MANA SILAPNYA & KENAPA IANYA TERJADI??

KHAMIS, 18 DIS 2014
DIMANA silapanya dan kenapa ianya berlaku? Memang sukar untuk di jawab akan penglibatan 'Penjawat Awam' dengan operasi IS. Apa yang mereka dapat,  apa yang mereka mahu, semuanya itu mereka sahaja yang tahu. Berjihad?...kenapa nak berjihad di negara orang? Mati Syahid?....adakah dengan menyertai IS apabila mereka mati, mereka akan mati Syahid? Dalam hal ini, IBM ada bertanyakan dengan beberapa orang 'Ustaz' yang datang mengajar ilmu di tempat IBM. Kata mereka, itu semua bohong. Mereka yang menyertai atau berjihad di negara orang, jika mati, mati mereka bukan mati Syahid. Andai kata negara kita berperang dan mempertahan agama Islam, itu mati Syahid. Yang IBM merasa hairan dan rasa terkilan, kenapa begitu ramai penjawat awam yang terdiri daripada anggota tentera, pensyarah universiti tempatan serta kakitangan di jabatan dan agensi kerajaan dipercayai terlibat dengan operasi kumpulan Negara Islam (IS) di negara ini.

Sumber menyifatkan penglibatan penjawat awam tersebut sebagai 'sangat serius' dan beliau berkata, pihak polis sedang menjejaki mereka. Sejak April tahun ini sahaja, sekurang-kuranya 10 penjawat awam dikenal pasti terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti kumpulan militan, terutamanya dalam pembiayaan dana mahupun merekrut ahli baru dikalangan rakyat Malaysia. Jumlah penjawat awam yang bersimpati dengan kumpulan militan ini agak membimbangkan, kata sumber tersebut. Salah seorang penjawat awam berprofil tinggi yang ditahan pada tahun ini ialah, pembantu kanan pengarah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang berusia 37 tahun. Suspek ditahan kerana dipercayai terlibat merekrut ahli baru menyertai IS, dan telah menghilangkan diri selama setahun daripada pekerjaannya kerana didakwa menjaga ibunya yang sakit. 
MILITAN NEGARA ISLAM (IS)....MILITAN NEGARA ISLAM (IS)
Bagaimanapun, polis percaya suspek berada di selatan Filipina untuk bertemu dengan ahli kumpulan yang bersembunyi di negara tersebut, termasuk bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun. Mereka dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih ahlinya untuk berjuang di Syria dan Iraq. Suspek ketiga ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Joraimee Awang Raimee, 39 atau lebih dikenali sebagai Abu Nur. Terdahulu pada awal tahun ini, dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia turut ditahan. Pada 28 November lalu, dua anggota penjawat awam turut ditahan. Mereka dipercayai terlibat membiayai dana kepada rakyat Malaysia yang akan bergerak ke Syria. Sumber itu berkata, dua daripada suspek berkenaan berusia antara 23 dan 28 tahun, sanggup mengetepikan sebahagian daripada gaji mereka untuk membiayai anggota IS. 

Mereka ditahan di rumah masing-masing di Kuala Lumpur oleh Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman pada 28 November. Maka, dengan itu IBM berharap supaya pihak berwajib mengambil langkah yang serius bagi menyekat rakyat negara ini terutamanya penjawat awam supaya tidak terjebak atau terlibat secara langsung dengan operasi IS yang sia-sia ini. Sayangkan diri sendiri, sayangkan keluarga dan sayangkan negara. Dan.....pihak berwajib juga harus mencari jalan dan punca mengapa mereka-mereka ini terlibat. Mungkin kah ada  'Dalang' nya yang masih berjalan bebas di negara kita ini? Cari...cari semua puncanya, insyallah, lambat laun akan dapat dibenteras. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...