KENAPA sekarang? kenapa tidak semasa masih lagi pegang jawatan? Takut kena pecat ke?. Itulah kelemahan yang terdapat dari para pemimpin-pemimpin melayu setelah bersara di dalam kerajaan. Menghentam dan membuka kelemahan terhadap pemimpin-pemimpan atasan di dalam kerajaan. Bagi IBM, perbuatan mereka ini seolah-olah seperti 'membuka pekong' didada atau 'meludah' kelangit yang mana akhirnya terkena batang hidung sendiri. Ini yang berlaku dan membuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid berang lantas membidas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ekoran seruannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu dalam negara ini. Menipu?....DS Najib menipu rakyat?...apa maksud Tan Seri Abdul Rashid ini? Yang peliknya, kenapa semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi SPR, tidak pulak beliau keluarkan atau dedahkan perkara tersebut? Kenapa pulak apabila dan bersara baru nak dedahkan? Pelik betul dengan pemimpin-pemimpin melayu ni.
Patut le depa-depa ni apabila bersara di dalam kerajaan (bukan semua), mudah di dekati dan dibeli oleh pembangkang. Adakah kerana 'pulus'? Ini yang IBM tak faham. Dan...adakah pembangkang menjanjikan sesuatu yang agak lumayan sehingga segala 'rahsia' kerajaan sewenang-wenangnya di dedahkan? Sementara itu, DS Zahid Hamidi mengakui beliau belum mengikuti kenyataan penuh bekas pengerusi SPR, Abdul Rashid dalam persidangan tahunan AGM NGO PERKASA semalam, Zahid berkata sepatutnya bekas pengerusi SPR menegur sewaktu berkhidmat dalam kerajaan. Masa dalam kerajaan, kenapa beliau tidak sebut (perkara tersebut). Adalah tu yang dia minta, dia tak dapat. Tulis tu (dalam laporan kamu)," kata Zahid dalam sidang medianya pagi ini yang diiringi ketawa kecil wartawan.
Mungkin ada juga betul kata DS Zahid tu, mungkin ada sesuatu yang Tan Seri Abdul Rashid minta tak dapat, maka, tiada lagi rahsia semasa di dalam kerajaan. Siapa yang untung dalam isu ini?.....sudah tentu pembangkang? betul tak? Oleh itu, berfikirlah sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh menjejas dan memudaratkan negara serta mencemar nama baik pemimpin. Harus diingat, pemimpin-pemimpin kita adalah manusia biasa, tidak lari dari membuat kesilapan. Tan Sri Abdul Rashid ni jenis malaikat ke? Renung-renungkan. Wasallam ~ IBM