ANWAR mula meroyan bila pingat 'Datuk Seri' nya di tarik balik dan dilucutkan oleh Baginda Sultan Selangor baru-baru ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pangkat dan gelaran yang diberikan oleh beberapa kerabat di raja sebelum ini tidak penting bagi beliau. Anwar dilucutkan gelaran itu kerana mempersoalkan kewibawaan Istana Selangor dalam menguruskan perlantikan Menteri Besar negeri itu pada September lepas. Anwar dilihat menyanggah keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak tuntutan PKR dan DAP supaya hanya isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah dipertimbangkan untuk jawatan itu. Berucap kepada sebuah perjumpaan sempena sambutan Hari Natal, Anwar memberitahu majlis itu bahawa pangkat dan darjat bukan jaminan kemuliaan di sisi Allah SWT. Anwar berkata Firaun tetap dilaknati Allah meskipun beliau mempunyai kuasa dan kekayaan. Allah tidak melihat kuasa. Dia tidak melihat kedudukan kita pegang, tetapi jenis amal kami. Mungkin orang itu paling miskin atau tidak punya apa-apa pangkat tetapi mulia disisi Tuhan.
Ada orang tinggi pangkatnya seperti Firaun yang punyai segalanya tetapi paling hina di sisi Tuhan, kata Anwar ketika berucap pada Majlis Jamuan Mesra Muhibbah Christmas di Holy Family, Kajang hari ini. Sebelum ini Anwar berkata beliau tidak meminta untuk diberikan anugerah di Selangor yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Anwar menerima beberapa anugerah Datuk Seri, antaranya yang turut membawa gelaran Datuk Seri daripada kerabat diraja Perak, Pahang dan Perlis, selain Selangor. Semua pingat dan darjah kebesaran diterima Anwar adalah ketika beliau masih dalam kerajaan sebelum dipecat pada tahun 1998 selepas dituduh tidak bermoral kerana salah laku seks oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad. Anwar menafikan tuduhan itu. Setelah IBM teliti akan kata-kata si al-jub di atas itu, IBM umpamakan si Anwar seperti 'meludah kelangit tekena muka sendiri' atau dengan erti kata lain, 'cakap tak serupa bikin'. Antara katannya, pangkat dan darjat bukan jaminan kemulian di sisi Allah. Tapi, dia tu mulia sangat ke di sisi Allah? dengan isu liwat, penfitnah, pembohong no 1 negara. Itu semua ada dan menjadi amalan si Anwar al-jub.
Malah, dia bercita-cita untuk menjawat jawatan tertinggi di negara ini seperti Firaun. Maka, dia juga adalah seperti Firaun. Katanya lagi, dia (Anwar) tidak minta semua anugerah tersebut, tapi itu semasa dia bersama kerajaan. Dia (Anwar) di hormati ketika itu. Tapi, apabila beliau dipecat dari kerajaan dan menjadi ketua pembangkang, adakah lagi anugerah yang dia (Anwar) terima? Kosong....tak ada pun. Begitulah jika seseorang di tsrik balik darjah kebesaran, akan merasa malu dan akan meroyan demi untuk mempertahankan diri mereka. Maka, kesimpulannya, Anwar kini malu, menanggung malu besar kerana tidak lagi bergelar Datuk Seri di Selangor ini walaupun masih ada lagi anugerah yang masih di pegangnya. Jesteru, IBM berpendapat, Anwar al-jub sudah hilang taringnya dan semakin lemah. Lemahnya Anwar akan berterus apabila dia dihumban ke penjara Sungai Buloh tidak lama lagi. Selamat BERISTERIHAT wahai Anwar al-jub! Wassalam ~ IBM