Wednesday, December 3, 2014

INDEKS PERSEPSI RASUAH : MALAYSIA NAIK KE TEMPAT 50, NAIK TIGA TANGGA. TAHNIAH!

RABU, 03 DEC 2014

BERITA ini sudah tentu akan dipertikai dan sukar diterima oleh pembangkang. Pembangkang akan bersuara dan mengatakan bahawa laporan yang di di keluarkan oleh PEMANDU, adalah laporan 'syok sendiri'. Apapun, sekiranya pembangkang terus mempertikai atau memperlekehkan laporan tersebtu, pesetankan mereka. Pembangkang sebenarnya 'cemburu' akan dasar-dasar dan usaha-usaha kerajaan bagi mengurang dan membenteras 'rasuah'. Sebenarnya mereka (pembangkang) lah yang mengamalkan rasuah. Laporan dari PEMANDU akan penambahbaikkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa usaha-usaha pelbagai pihak yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas berada dalam arah yang betul. Keputusan 2014 itu menunjukkan Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas ke-50 tahun ini, dengan mata CPI 52 iaitu sama dengan mata tertinggi yang pernah dicapai pada tahun 2003. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (Pemandu), 

Datuk Seri Idris Jala berkata ketika memulakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-56. Pencapaian kali ini sepadan dengan penunjuk antarabangsa lain seperti tinjauan perniagaan Bank Dunia yang menyaksikan Malaysia bergerak dari tempat ke-23 pada tahun 2010 kepada tempat ke-6 pada tahun 2014. Ini bermakna Program Transformasi Negara berada di landasan yang betul. Namun begitu, lebih banyak usaha perlu dilakukan dan dedikasi ke arah menghapuskan rasuah mesti diteruskan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam berkata peningkatan di dalam mata CPI ini harus harus dikaitkan dengan usaha bersama pelbagai pihak dalam meningkatkan amalan anti rasuah. CPI, yang ditadbir oleh Transparency International ialah indeks yang mencerminkan tahap rasuah sektor awam di kalangan 175 negara. Skor setiap negara diambil dari gabungan dua belas tinjauan dan penilaian rasuah, yang dikumpulkan oleh pelbagai institusi bereputasi. Setinggi tahniah diucapkan kepada kerajaan yang bersungguh untuk menghapus dan mengurangkan gejala rasuah di negara ini. Teruskan....insyallah negara kita kan terus maju, terus kehadapan serta makmur tanpa rasuah. Kepada PEMANDU, teruskan membuat pemantuan. Jom sama-sama kita berganding bahu, katakan 'tidak' pada rasuah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...