Friday, December 26, 2014

PENDUDUK CEMAS, PANIK, BANTUAN LEWAT SAMPAI....

JUMAAT, 26 DIS 2014
BANJIR kali ini dilihat memang luar biasa sekali. Ini membuat mangsa panik, dan ada yang tidak sempat menyelamatkan barang-barang yang berharga, kerana air naik dengan begitu cepat sekali. Sementara itu, limpahan air Sungai Kelantan sejak petang semalam mencetuskan keadaan kelam kabut di bandar itu kerana tiada persediaan rapi untuk menghadapi banjir besar pada tahun ini. Malah, sejak malam tadi sehingga petang ini, mesej melalui WhatsApp berlegar memohon bantuan untuk diselamatkan. Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas menyelamat disebabkan arus deras serta kekurangan aset. Tinjauan oleh beberapa portal tempatan mendapati orang ramai mulai membuat pembelian panik kerana bimbang bekalan makanan akan terputus tidak lama lagi ekoran kebanyakan peniaga barangan runcit menghentikan operasi mereka. 
Kelihatan sebuah surau dan rumah di tengelami air hingga ke paras bumbung. Masyallah!
Kebanyakan stesen minyak juga menutup operasi perniagaan sama ada kerana sudah kehabisan bekalan petrol atau tapak perniagaan berkenaan turut ditenggelami air. Di pusat bandar, antara yang terjejas adalah Wisma Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Mahkamah Kota Bharu, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Stadium Sultan Muhammad IV termasuk Pejabat Utusan Melayu (M) di Jalan Che Su, di sini. Dalam pada itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan terus meningkat kepada 35,069 orang daripada lebih 9,712 keluarga di 158 pusat pemindahan berbanding 31,766 orang semalam. 
Mangsa diselamatkan dengan menaiki bot sangkut oleh sukarelawan
Setakat ini, Gua Musang masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 7,385 orang daripada 1,880 keluarga dan diikuti Pasir Mas (7,237), Tumpat (5,803), Kuala Krai (4,864), Tanah Merah (3,840), Kota Bharu (2,714), Jeli (1,269) dan Pasir Puteh (246). Walauapa pun, kerajaan sedang berusah keras bagi mempastikan setiap mangsa banjir di negeri Kelantan dan beberapa negeri yang lain akan mendapat bantuan secepat mungkin. Jadi, jangan panik, ikut arahan yang diberi. Manakala, kita yang tidak mengalami banjir ini, marilah ramai-ramai kita membuat 'solat hajat' memohon dari Allah Subhanawtaala supaya 'musibah' banjir ini berakhir tidak lama lagi. Insyallah. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...