ITU yang korang mahu. Maka, terimalah hakikatnya. Bak kata perpatah, 'santan binasa kerana pulut, badan binasa kerana mulut' dan perbuatan yang melampaui batas. Berita terkini dikatakan Jabatan Imigresen telah membatalkan pasport blogger seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang kedua-duanya telah mencari perlindungan di luar negara. Dalan satu sidang akhbar dengan media pada hari ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, langkah itu perlu dibuat sebagai amaran kepada individu yang menghina mahkamah, pemerintah dan Islam. Kami juga telah menyenarai hitamkan nama mereka daripada sistem dan memaklumkan mereka melalui surat rasmi yang akan dihantar ke alamat mereka di Malaysia, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin. Mustafa bagaimanapun berkata, pembatalan pasport Tan dan Ali tidak bermakna mereka telah dilucutkan kewarganegaraan mereka.
SIDANG AKHBAR OLEH JABATAN IMIGRESEN
Beliau berkata kedua-dua masih boleh kembali ke Malaysia, tetapi dengan dokumen yang berbeza. Mereka perlu memohon perakuan kecemasan di negara masing-masing untuk kembali, katanya. Tahniah Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di atas ketegasan tersebut. Orang-orang macam si Alvin dan Ali ini perlu di ajar supaya mereka menghormati undang-undang negara. Bagi IBM, mereka berdua ni bolehlah di anggap sebagai PATI. Tangkap bila mereka menjejaki ke tanah dan bumi Malaysia ini. Tiada tempat bagi kedua-dua eko manusia yang durjana dan kurang ajar ini. Wasallam ~ IBM