HUDUD : PAS TERSUNGKUR LAGI. DAP MENANG & DAP IS KING
DIDALAM Pakatan Rakyat (PR) dan juga dunia politik, DAPigs menggangap dialah 'Raja'. Segala arahan dan teguran mereka (DAPigs) mesti didengar, tidak boleh dibantah. Sebab itulah PAS terus menerima serangan daripada DAP apabila parti itu memberi amaran untuk memulaukan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang akan datang sekiranya Kerajaan PAS Kelantan meneruskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014). Penasihat DAPigs, Cina tua, Lim Kit Siang turut mengingatkan PAS bahawa pakatan pembangkang sebenarnya sudah hancur sejak tahun 2011 lagi sekiranya hasrat PAS melaksanakan hukum Hudud PAS jika tidak dihalang ketika itu. Kata si tua Lim, mesyuarat yang diadakan pada 28 September 2011 berjaya menyelamatkan gabungan ketiga-tiga parti apabila memutuskan PAS tidak akan meneruskan rancangan pelaksanaan hukum hudud selain tidak menerima dasar itu sebagai sebahagian daripada dasar pembangkang.
Dengan nada sombongnya, Lim berkata beliau tidak perlu hadir ke mesyuarat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada sidang DUN khas Kelantan pada 29 Disember ini. Sekiranya sidang DUN khas Kelantan meneruskan untuk melaksanakan hudud yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu, beliau rasa tidak ada sebab lagi untuk beliau hadir ke mesyuarat tersebut, katanya di dalam blog beliau di http://blog.limkitsiang.com/ semalam. Amaran tersebut merupakan tamparan kepada PAS yang selama ini mempertahankan sekutu mereka itu melalui idea tahaluf siyasi namun hakikatnya DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa mempersoalkan pelbagai dasar yang dibawa PAS. Keretakan yang melanda ketiga-tiga parti itu semakin jelas apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 menegaskan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya. Kenyataan Guan Eng itu dijawab oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang DUN khas itu pada 29 Disember ini.
Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Menurut Kit Siang, kejayaan besar pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu adalah selepas PAS tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Islam berkenaan justeru perkara itu perlu diteruskan demi mencapai hasrat mentadbir Putrajaya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47 peratus undi popular, malah akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang hilang sewaktu pilihan raya umum tahun 2008, katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan di portal pembangkang, anak mendiang Karpal Singh. Gopi Singh menambah derita PAS menyarankan agar PAS di singkir terus dari Pakatan Rakyat. Ini jelas, PAS tidak lagi diterima didalam pakatan sekiranya masih berdegil bagi melaksanakan hukum hudud. Tapi....PAS masih buat muka tak malu, terhegeh-hegeh dan masih lagi menerima kecaman dan serangan daripada DAPigs dan ingin memberi penerangan akan perlaksaan hukum hudud. Malangnya, DAPigs menolak dan berkemungkinan tidak akan hadir pada mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang akan datang di Kelantan. Ehmmm....nampak gayanya PAS akan bermesyuarat seorang diri dan syok sendiri je lah. Kesian PAS. Kesimpulannya, PAS memang bodoh, banggang dan tak ada maruah. Buli bangsa sendiri, tapi takut pada bangsa lain. PUIIIIIIII!!! Wassalam ~ IBM