Wednesday, December 17, 2014

NAJIB & UMNO SELANGOR DINASIHATKAN DENGAR TEGURAN TUN M JIKA INGIN RAMPAS KEMBALI SELANGOR

RABU, 17 DIS 2014
IBM setuju benar apabila seorang penganalisa politik menyarankan UMNO Selangor dan Presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak harus mendengar teguran dan melakukan perubahan drastik jika ingin merampas kembali negeri itu. Kata penganalisis politik itu lagi, ini termasuklah teguran yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mahukan pemimpin UMNO Selangor (bukan semua) agar berundur selepas dua penggal tewas kepada Pakatan Rakyat. Harus diingat, UMNO memerlukan satu perubahan besar, selagi tak lakukan perubahan yang besar dari semua aspek tidak ada harapan untuk UMNO Selangor mengambil alih Selangor. Rakyat sendiri mahu melihat perubahan. UMNO Selangor mesti tampilkan perubahan dan berubah dengan cara dan pencapaian yang menarik dan boleh menandingi pembangkang. 

Itu kata-kata peransang dari Ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak. IBM ada terbaca dalam blognya, Tun Mahathir pada 5 November lalu menulis dengan berkata, pemimpin UMNO Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, perlu berundur. Ketika itu UMNO Selangor dipimpin oleh DS Najib semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar. Ketika dihubungi oleh rakan blogger IBMMustafa juga berkata, masih banyak perkara perlu diubah oleh UMNO Selangor, termasuk dari segi kepimpinan. UMNO Selangor belum, belum cukup bersedia untuk mentadbir negeri Selangor, katanya. (Jika tidak berubah) jadi kerajaan negeri sekarang ini (Pakatan Rakyat) tidak akan gerun dan rakyat tidak yakin. 

Maka, UMNO Selangor perlu berani untuk berubah demi untuk masa depan negeri itu sendiri dan juga rakyat Selangor keseluruhannya. Ayuh UMNO Selangor. Jangan tidor lagi dan jangan bermimpi di siang hari. Untuk mengambil kembali Selangor, ini kalilah (PRU ke-14). Moga pemimpin-pemimpin Selangor mengambil iktibar dan mendengar akan analisa yang dibuat oleh para penganalisa politik yang sayangkan UMNO dan negeri Selangor. Pendekkan cerita, pembangkang agak gerun dan cuak apabila Tun Mahathir begitu ambil berat tentang negeri Selangor yang mana mereka (pembangkang) sedar jika salah langkah, Pakatan akan kecundang pada PRU ke-14 nanti. Nasihat dan idea-idea dari Tun M masih berbisa dan ini yang membuat pembangkang di Selangor rasa tidak selesa. Fikir-fikirkan, jangan buang masa lagi. Wassalam ~ IBM

1 comment:

  1. Tidak perlu ikut ckp Tun M sbb Tun M pun dahulu tidak ikut ckp org ttg anak didik kesayangan beliau bernama Anwar Ibrahim..melayu rosak skrg ini pun disbbkn bekas anak didik Tun M inilah..Tun M sendiri pun x boleh menasihati anak beliau sendiri iaitu Marina Mahathir yang sibuk menyokong kalimah Allah boleh digunapkai oleh semua agama dan menyokong LGBT..rasanya lebih baik dia berdiam diri sahaja spt bekas2 PM dahulu yg bila dh pencen terus mendiamkan diri dan tidak mencampuri urusan negara..MELAYU MUDAH LUPA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...