Wednesday, March 4, 2015

UMNO LEBIH BIJAK DARI PAS?

RABU, 04 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

PAS harus menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang terbaik dan PAS perlu mencontohi UMNO dan parti komponennya dalam mengatasi sesuatu krisis, yang mana dilihat menggunakan pendekatan yang lebih bijak berbanding 'menghalau' ahli parti yang dilabel tidak wala' (taat). Ini bukan rekaan dari IBM, tapi ianya keluar dari mulut seorang pemimpin parti itu (PAS). Enggan namanya didedahkan, pemimpin berkenaan berkata, dalam keadaan krisis yang melanda PAS pada masa kini, kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat mahupun negeri tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya 'menambah keruh' sekaligus melemahkan parti. Ada (pemimpin) yang kata siapa tak setuju (kepimpinan), sila keluar parti. Ada Datuk Seri Najib halau orang (Umno) keluar parti? Sammy Velu semasa menjadi Presiden ada halau ahli MIC?  Maka, katanya PAS kena mengurus perbezaan pendapat, bukannya menambah renggangnya ahli, katanya kepada pemberita sebuah portal tempatan. 

Mengakui krisis pada masa kini adalah antara yang terburuk dalam kepimpinan PAS, beliau dalam pada itu berkata, krisis 'golongan profesional dan ulama' bertambah parah dengan pemahaman kurang jelas sebilangan besar ahli berhubung konsep perlembagaan parti. Menyentuh pasal DS Najib, katanya Perdana Menteri (PM) pun kadang-kadang ada buat keputusan silap. Dalam dunia politik memang hentam-menghentam sudah menjadi lumrah. Tapi, apabila DS Najib kena hentam tak ada orang yang marah kepada orang yang hentam dia (Najib). Biasalah tu dalam politik. Tapi dalam parti PAS agak berbeza dan terlalu kolot. Mungkin ada keputusan yang Tok Guru (Haji Hadi) buat tak dipersetujui ramai, maka Tok guru Hadi dihentam dan dikritik hebat, tapi, mereka marah kepada orang yang kritik Tok Guru. Kononnya tidak wala', ujarnya. Serangan terhadap Presiden, Seperti contoh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya didalangi golongan profesional dikatakan bermula selepas ulama berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wanita tidak patut menjadi Menteri Besar, merujuk kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada ketika Pakatan Rakyat dibelenggu krisis pemilihan Menteri Besar Selangor, maka teruk-teruk Hj Hadi di hentam. 

Kenyataan Hadi itu kemudiannya tidak 'disokong' sebilangan pemimpin PAS yang terdiri daripada golongan profesional, menyebabkan sekelompok penyokong Hadi tangkas membuat serangan terhadap golongan berkenaan kerana mendakwa tidak wala' kepada pemimpin. Mana-mana presiden,  Tok Guru tak melenting, tapi orang-oang yang nak tunjuk konon mereka ini menyokong kepimpinan Presiden (pula melenting). Dalam prinsip membuat keputusan, keputusan dibuat secara syura. Maknanya, dibuat bersama. Ia dibawa ke mesyuarat, kemudian bahas, dan akhirnya satu keputusan akan diambil. Sama ada ia diperoleh secara majoriti, kata pemimpin PAS tersebut. Mengikut pandangan beliau Hadi masih lagi diperlukan sebagai Presiden. Ketika ditanya adakah krisis pada masa kini disebabkan kegagalan PAS mentarbiyah ahli-ahlinya, pemimpin berkenaan mengakui hakikat itu. Mengikut beliau, ahli PAS memang tak sekata semuanya.. ada orang biasa, ada yang berpendidikan tinggi. 

Kerja mentarbiyah atau mendidik, adalah di bawah Lajnah Tarbiyah. Lajnah Tarbiyah pula di bawah ulama. Kalau kita gagal memberi kefahaman kepada ahli, salah siapa?, ujarnya secara sinis. Buat masa ini PAS tidak boleh nak berselindung atau bermain 'drama' lagi. PAS pada masa kini sedang dilanda krisis hebat apabila sekelompok penyokong Hadi dan kepimpinan ulama mendedahkan wujudnya komplot menggulingkan Hadi yang didalangi oleh golongan profesional. Pendedahan terbaru, yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Tuc Tok Usin Ceroi mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam gerakan berkenaan. Selain Mat Sabu, kelompok berkenaan juga menamakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai dalang kepada penggulingan Hadi. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, PAS telahpun menubuhkan satu jawatankuasa khas siasatan bagi meneliti perkara berkenaan dan menunggu masa yang sesuai untuk memulakan siasatan itu. Kononnya siasatan sedang berjalan. 


Akhir sekali, pemimpin PAS tersebut berkata, beliau pernah mendengar allayarham Tok Guru Nik Aziz sebelum meninggal ada berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak bersatu, PAS akan 'Pecah" dan hancur. Oleh itu, beliau berpesan (Nik Aziz) supaya PAS tidak terus menyerang UMNO dan mengkritik UMNO. Nik Abduh, anak allahyarham Tok Guru adan cerita dan butirannya. Tak percaya tanya dia. Apapun IBM ucapakan terima kasihlah kepada pemimpin PAS tersebut yang terang-terang dan jujur mengakui bahawa UMNO lebih baik daripada PAS bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah dalam parti. Di harap satu hari nanti penyatuan 'UMNO dan PAS' akan menjadi kenyataan. Sememangnya UMNO sebuah parti melayu yang terbaik. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...