Monday, March 2, 2015

HIMPUNAN 'KITA LAWAN' AKAN DIADAKAN SECARA GLOBAL. BOLEH BEBASKAH ANWAR?

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 

HARAM jadah punya pembangkang. Masih lagi tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah apabila ketua mereka, Anwar al-jub di penjarakan diatas kesalahan meliwat. Mereka akan buat perhimpunan lagi. Diberitakan perhimpunan tersebut akan dibuat secara 'global'. Selain di Kuala Lumpur, himpunan solidariti terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kes liwat pada 7 Mac ini, juga akan diadakan di beberapa buah negara. Sekretariat 'Kita Lawan' mengalu-alukan keprihatinan dan inisiatif rakyat Malaysia khususnya anak muda yang berada di luar negara, menganjur perhimpunan itu, sekurang-kurangnya di enam negara pada waktu tempatan. Antara lokasi perhimpunan itu ialah Old Palace Yard, London - berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom, di depan Bangunan Parlimen Australia, di Canberra, di depan Parlimen South Australia, di Adelaide dan di Liberty Square di Taipei, Taiwan. Perhimpunan di Old Palace dan Liberty Square masing-masing berlangsung pada jam 11 pagi dan 7 malam waktu tempatan. 

Manakala di Canberra dan Adelaide berlangsung serentak jam 4 petang waktu tempatan. Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai (dakwaan) ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia,  kata sekretariat itu dalam satu kenyataan. Sekretariat itu juga memaklumkan perhimpunan itu bakal diadakan di beberapa bandar di Amerika Syarikat termasuk di New York; Jepun, New Zealand dan negara Eropah yang akan dimaklumkan melalui laman sosial facebok rasmi mereka kelak. Pembentukan gabungan yang dinamakan "Kita Lawan" dibuat sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim al-jub. Sebelum ini, pada 14 Februari lalu, seramai 400 orang berhimpun di depan pusat membeli belah Sogo dan berjalan hingga ke Pudu Raya bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga ketua umum PKR.  

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya rakyat tidak mengadakan sebarang demonstrasi, namun gabungan itu tidak mengendahkannya. Ekoran itu aktivis siswa Adam Adli, Penyelaras Jingga 13 Faris Musa dan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan di bawah Seksyen 143, Kanun Keseksaan Akta Himpunan Aman 2012.  Mengikut kata sumber, mereka-mereka ini akan dihadapkan ke Mahkamah tidak lama lagi. Kesimpulanya adakah penganjuran himpunan 'kita lawan' ini akan membawa kemenangan kepada Anwar al-jub seterusnya dibebaskan? Kan kerja sia-sia namanya tu. Persoalan?.Siapa yang 'biayai' semua kos-kos tersebut ye? Banyak pakai duit tu. Kalau dah pembangkang 'bahlol', selama-lamanya jadi bahlol. Buatlah kerja yang berfaedah, kenapa beria-ia sangat nak bela si peliwat tu? Mahkamah dah jatuhkan hukum, apa lagi lagi depa nak? Berdemo, berhimpun, melalaklah  korang sampai kiamat dunia. Anwar al-jub tetap dipenjara. Apa punya banggang la korang. Puiiii! ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...