Thursday, March 5, 2015

JABATAN PENJARA KATA 'NO' TO ANWAR! HUHUHU! PADAN MUKA!


SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


SYUKUR alhamdulillah, bab pertama telah selesai. Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Anwar ditolak dan ini bermakna hasrat  Anwar al-juburi untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat minggu depan tidak akan menjadi kenyataan. Maka, kekalah Anwar di penjara buat seketika hanya menunggu bab ke dua pula iaitu menunggu keputusan dari panel 'pengampunan' untuk diampunkan. tapi, IBM melihat dari sudut keadilan, sukar...memang sukar bagi Anwar. Kerana apa?...kerana Anwar sememangnya seorang peliwat. Berita dari penjara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui khid­mat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada penjelasan lanjut diberi. Difahamkan Jabatan Penjara sudah pun menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bagi memaklumkan perkara itu dan dipercayai surat berkenaan telah diterima hari ini. Untuk pengetahuan semua, tindakan tersebut diambil kerana Anwar kini tertakluk kepada akta, peraturan dan prosedur penjara selepas  Anwar didapati bersalah meliwat. 

Selaras dengan penolakan oleh Jabatan Penjara itu, dipercayai Pandikar Amin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan tetapi belum dapat dipastikan tarikh tersebut. Pada Isnin lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat kepada Pandikar Amin bagi memohon kebenaran untuk Anwar menghadiri sidang Dewan Rakyat atas alasan beliau masih ketua pembangkang. Namun, Jabatan Penjara dalam kenyataan segeranya menegaskan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama, selaras dengan kete­tapan akta, peraturan dan prosedur. 

Sebelum itu, pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong selepas ketua pembangkang tersebut dihukum penjara lima tahun. Maka, berkecai dan hancur luhurlah hasrat Anwar untuk menabik dada di Dewan Rakyat sambil tersenyum bahawa beliau boleh mengubah apa sahaja dasar undang-undang dinegara ini. Dengan erti kata lain, undang-undang di negara ini 'bapak' dia dan PKR yang buat. Puiii! Menyusahkan orang je. Duduk ka dalam penjara tu diam-diam dan cepat-cepat bertaubatlah wahai Anwar. Maut tidak menunggu 'taubat' kita. Ada faham? Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...