Monday, March 9, 2015

KESIAN ANWAR. HASRATNYA KE PARLIMEN ESOK DITOLAK. HUHUHU!

ISNIN, 09 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :


HASRAT Anwar al-jub untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat esok, Selasa tidak kesampaian. Kesian Anwar. Ini telah di putuskan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak permohonan Ketua Pembangkang juga seorang banduan, Anwar Ibrahim untuk hadir sesi baru Parlimen bermula esok. Menurut kata Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul beliau menerima jawapan speaker yang menyandarkan keputusannya kepada pendirian penjara yang tidak membenarkan Anwar dibawa keluar. Maka timbulah rasa ketidakpuasan hati. Beliau mewakili Ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat merasa amat kesal dengan keputusan tersebut. Selama ini PKR amat mengharapkan Tan Sri Speaker dapat membuka ruang seluasnya kepada seorang ahli Parlimen, mendapat hak dan perlindungan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Johari juga berkata beliau akan berjumpa dengan Pandikar untuk berbincang secara terperinci kenapa keputusan itu diambil. 

PKR juga, katanya, mahu tahu sama ada masih ada lagi kaedah yang boleh diperhalusi agar Anwar boleh mengambil bahagian dalam sesi Parlimen memandang beliau masih seorang wakil rakyat. Bagi IBM, jangan dilayan lagi kerenah Anwar dan kuncu-kuncunya. Persidangan Dewan Rakyat harus diteruskan walaupun tanpa Anwar. Siapa Anwar? Beliau sekarang bergelar 'banduan'. Tempat banduan ialah didalam penjara. Mana mungkin seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat walaupun beliau (Anwar) masih lagi seorang ahli Parlimen. Lagi pun beliau masih lagi belum dapat 'pengampunan' dari YDP Agong. Undang-undang mana yang depa pakai ni? Undang-undang PKR? Sudah lah tu Nuar. Berihat je le kamu di dalam penjara tu. Bertaubatlah banyak-banyak. Moga segala dosa kamu diampuni oleh Allah SWT. Insyallah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...