Monday, March 9, 2015

JANGAN SALAH TAFSIR KETIADAAN TPM SEMALAM, KATA MENTERI

ISNIN, 09 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

TIMBUL tanda tanya dari kalangan pemerhati dan penganalisa politik ketiadaan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan Perdana Menteri bersama ketua bahagian parti di seluruh negara semalam. Jangan salah tafsir dan tidak perlu dipersoalkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata Muhyiddin mahu menghadiri perjumpaan pada petang ini namun mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Bukan nak tutup lubang atau cari alasan, katanya. Dulunya pun Timbalan Presiden tidak hadir, beliau (Muhyiddin) ada komitmen lain. Sememangnya Tan Sri Muhyiddin nak hadir tetapi dia ada komitmen lain, kata Ismail pada satu sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini, Isnin. Ketika ditanya media adakah perkara itu akan disalah tafsir, Ismail berkata, "Tak perlu." Muhyiddin pada Jumaat menggesa siasatan dilakukan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu sudah memaklumkan ketua audit negara akan menyiasat syarikat itu. 

Menteri pendidikan itu berkata sebarang usaha menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam. Beliau juga berkata, lembaga pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Beliau berpandangan ketua audit negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte, katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, semalam Muhyiddin menolak dakwaan kenyataannya bercanggah dengan kenyataan Najib dan menambah beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu. Katanya, pendirian itu sekadar mahu mengesahkan akaun 1MDB oleh ketua audit negara dan mengambil kira kepentingan umum. 

Tan Sri Muhyiddin tidak fikir begitu, jika ada  baca betul-betul dan memahami apa yang beliau tulis dalam kenyataan tersebut, beliau rasa ia merupakan kenyataan yang adil, katanya. Apapun yang akan dikatakan atau ditafsirkan oleh pembangkang dalam isu ini, itu sudah menjadi lumrah dan amalan politik pembangkang. Pesetankan apa mereka nak kata. Apa yang penting, semua ketua-ketua bahagian UMNO puas hati dan menerima penjelasan DS Najib di dalam isu 1MDB ini. Pembangkang sampai bila-bila tak akan puas hati. Sebagai penulis blog, IBM juga menasihati semua, jangan salah tafsir dan kepda rakan-rakan blogger pro kerajaan yang lain, juga jangan salah tafsir dan salah tulis. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...