Monday, March 9, 2015

SEMUA KETUA UMNO BAHAGIAN SOKONG NAJIB. PEMBANGKANG TERUS TERKEDU!

ISNIN, 09 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

SYUKUR alhamdulillah. Inilah yang dikatakan sebuah keluarga UMNO yang 'harmoni'. Dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang, UMNO tetap bersama, malah semakin kuat dan kukuh. Semalam,  semua Ketua UMNO bahagian yang hadir dalam program Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Bersama Presiden menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Penyelaras program itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO dalam menghadapi tekanan dan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepadanya. Antara perkara yang ditekankan Presiden dalam isu 1MDB adalah komitmennya mengenai 'tiada sesiapa pun akan terlepas jika benar berlaku penyelewengan'. Yang kedua mengenai juruaudit Deloitte yang telah mengaudit lebih daripada cara biasa, bukan audit normal tetapi sehingga ke peringkat audit forensik dan mengesahkan bahawa tiada penyelewengan, katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

DS Ismail yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program tersebut yang dihadiri kira-kira 160 Ketua UMNO bahagian dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)i. Menurut Ismail Sabri, ketua-ketua bahagian tidak berminat untuk masuk campur dalam soal bagaimana perniagaan Syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan itu dijalankan sebaliknya cuma prihatin terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Dalam perniagaan, salah dari segi ‘wrong judgement’ membuat pelaburan itu kadang-kadang perkara biasa, cuma kita tidak boleh berkompromi jika berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan. Dengan perjumpaan ini, ketua-ketua bahagian kini lebih yakin untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada ahli-ahli khususnya di peringkat akar umbi yang sedikit sebanyak terkeliru dengan isu 1MDB yang dimainkan pembangkang, katanya. Sementara itu, beliau berkata, Najib dalam perjumpaan tersebut turut menekankan mengenai persiapan menghadapi Mesyuarat Agung UMNO peringkat cawangan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua ketua bahagian yang hadir dalam perjumpaan itu berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Katanya, ahli-ahli UMNO sememangnya perlu berdiri di belakang Presiden parti lebih-lebih lagi ketika pelbagai tohmahan dan fitnah dilempar kepada beliau. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang kita lakukan berkala, bukannya perjumpaan rasmi. Antara isu berbangkit adalah isu dalaman UMNO sendiri dan beberapa isu nasional, katanya. Kepada pembangkang haram jadah, apa pulak isu yang hendak dibangkitkan selepas ini? Diharap DS Najib dapat terus membimbing UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar UMNO/BN terus relevan dan diterima oleh rakyat. Insyallah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...