Wednesday, March 11, 2015

PEMBANGKANG GUNA PELAJAR LUAR NEGARA UNTUK MEMALUKAN MALAYSIA. TAPI, APA YANG MEREKA DAPAT?

RABU, 11 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

Gambar sebagi hiasan
BERBAGAI usaha dilakukan oleh pembangkang untuk menyelamatkan maruah dan krier politik Ketua Pembangkang mereka, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Tidak cukup di dalam negara, diluar negara pun mereka sanggup buat apa sahaja demi untuk Anwar al-jub. Diberitakan sekumpulan rak­yat Malaysia mengadakan demonstrasi di United Kingdom (UK), Sabtu lalu bagi menunjukkan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat adalah amat memalukan serta menjejaskan imej negara. Tindakan mereka-mereka (pelajar)tersebut adalah tindakan orang yang bodoh. Insiden tersebut membuat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) UK, Wan Toren Wan Yusoff (gambar) merasa kesal yang amat sangat dan menggangap penganjuran himpunan tersebut yang didalangi oleh pakatan pembangkang adalah perbuatan yang tidak profesional demi memburukkan nama negara sendiri atas kepentingan politik peribadi. 

Ini menunjukkan bahawa mereka langsung tiada jati diri, sifat patriotik, maruah dan harga diri, sekiranya mereka tidak setuju dengan kerajaan sekarang lebih baik tunggu sahaja pilihan raya umum (PRU) akan datang. Berkempen dengan baik dan berhemah untuk mendapat sokongan rakyat. Bukan dengan memburukkan negara sendiri di luar negara, katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut Wan Toren, lebih memalukan, perhimpunan yang hanya disertai 40 orang itu turut membabitkan ahli Kelab Pelajar Undang-Undang Malaysia di UK. Oleh itu, beliau berharap agar kerajaan mahupun pembangkang ti­dak menggunakan pelajar untuk kepentingan politik peribadi. Perkasa juga berharap agar pelajar menumpukan kepada pengajian dan kembali ke tanah air untuk mencurah bakti, katanya. Tegasnya, apa yang lebih penting rakyat jangan mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin serta dakwaan yang berbaur fitnah. Mereka sepatutnya meneliti dan menyelidik sesuatu berita terutama dari media sosial sebelum membuat sebarang kesimpulan, katanya lagi. 

IBM setuju dengan pandangan dari Presiden Perkasa UK tersebut. Tiada apa faedahnya sekiranya pelakar-pelajar tersebut berdemo. Anwar tetap tidak dapat diselamatkan. Anwar tetap dipenjarakan kerana kesalahan yang beliau lakukan. Jadi, mengapa harus susah-susahkan diri 'berdemo' untuk seorang insan yang dianggap 'hero' politik, tapi sebenarnya adalah seorang pengkhianat negara yang mengamalkan politik songsang. Tak mati kita di Malaysia ini tanpa si peliwat. Dan tak papa kendana negara kita tanpa si peliwat tu. Siapalah si peliwat tu yang korang sanjung-tinggi? Fikir-fikirkan. Tugasan korang (pelajar) untuk belajar dan terus belajar demi untuk menjamin masa depan korang, keluarga dan negara. Itu sahaja. Lupakan manusia 'sesumpah' tu yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...