Monday, March 2, 2015

PANDAI BETUI SI HUSAM NI BERLAKUN YE!

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


DEMI untuk selamatkan diri dan masa depan politiknya, Husam terpaksa berlakun dan berpura-pura tak tahu apabila ditanya oleh pemberita berhubung dakwaan ada komplot yang inging menjatuhkan Presiden PAS, Hj Hadi Awang. Naib Presiden PAS. Alasan demi alasan Husam Musa berikan, mengantuklah  dan tidak dapat berfikir dengan eloklah.. justeru dengan alasan tersebut beliau mengelak daripada disoal dan  memberikan komen lanjut berhubung dakwaan komplot menjatuhkan Presiden PAS yang kini semakin hangat dperkatakan. Bijak, bijak si Husam ni. Husam adalah diantara pemimpin PAS yang dikatakan terlibat didalam komplot tersebut. Petang semalam bertempat di Sabak Bernam, selepas majlis pimpinan Pusat berjumpa dengan pemimpin akar umbi di Sabak Bernam, hari ini, IBM mendapat maklumat Husam mengelak setiap kali soalan diajukan kepada beliau, beliau menjawab beliau mengantuk dan perlu tidur, otak beliau tidak tajam (sharp), suruh orang lain komen, katanya kepada pemberita yang ingin mendapatkan maklumat terkini. 

Husam ditemui ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat dan Meraikan Petugas Banjir bagi kawasan DUN  Sungai Panjang, semalam, Ahad. Bagi IBMHusam sama seperti pimpinan PAS yang lain mengambil sikap 'jalan selamat' setiap kali diajukan soalan mengenai krisis dalaman PAS itu, yang membabitkan golongan ulama dan golongan profesional. Selepas menghadiri majlis perjumpaan itu, pimpinan yang hadir dikatakan mengadakan mesyuarat secara tertutup. Ketika ditanya pemberita, Husam juga enggan mengulas dan berkata mesyuarat itu hanyalah perbincangan 'anak-beranak' PAS sahaja. Beliau tidak boleh komen hal-hal dalaman, beliau hanya komen isu Negara. Hal tadi hanya bincang hal anak-beranak. Hal dalaman mana boleh cerita pada pihak luar, katanya. Selain Husam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli turut mengelak menjawab soalan wartawan berhubung siasatan ke atas mereka yang akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada lembaga disiplin. Sementara itu, diberitakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS menunggu masa yang sesuai untuk memulakan siasatan itu. 

Mohamad Sabu@Mat Sabun atau dikenali sebagai Mat Sabu dan Hatta sebaliknya menegaskan ‘tiada komen’ ke atas pendedahan dan siasatan yang akan dibuat dalam masa terdekat. Hehehehe...masak le korang. Nampaknya pergolakkan PAS ibarat seperti 'bangkai Gajah' yang tidak lagi boleh ditutup dengan tudung saji, kerana ianya sudah kelihatan dan bau bangkainya sudah diboleh dicium oleh orang ramai. Dan, IBM nak tengok sampai bila si Husam dan rakan komplotnya menjawab 'tiada komen' apabila ditanya oleh pemberita. Tungguuuuuu! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...