Friday, March 20, 2015

RUMAH TIAN CHUA@TIAN CHUAK DI KEPONG POLIS?

JUMAAT, 20 MARCH 2015

POLITIK OH POLITIK :
MENYEDARI kehadiran Polis dan kini sedang berada si luar rumahnya, Tian Chua@Tian Chuak terpaksa memanggil rakan sepejuangan dari PKR, iaitu Sivarasa untuk membantunya. Memang sah, Polis kini berada di luar rumah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan dijangka akan menahannya, kata sumber dari PKR. Antara sebaba Naib Presiden PKR itu akan ditahan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang ditahan. Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua dijangka akan menjadi orang ke-11 ditahan untuk disoal siasat berhubung perhimpunan tersebut sekiranya ditahan malam ini. Peguam PKR Siavarasa Rasiah juga berada di hadapan rumah Chua di Bandar Utama, Petaling Jaya (seperti gambar dibawah, kanan) untuk berunding polis. Polis sedang berada di luar rumah YB Tian Chua, Naib Presiden PKR. 

Difahamkan beliau akan ditangkap malam ini. Maklumat lanjut akan menyusul nanti, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan lewat malam tadi. Difahamkan YB Tian Chua akan dibawa ke IPD Dang Wangi malam ini, kata Fahmi dalam kenyataan berasingan. Chua turut mengesahkan kehadiran anggota polis menerusi akaun Twitter @tianchua. Awal minggu ini, polis turut menahan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung perhimpunan #KitaLawanNurul Izzah dibebaskan sehari kemudian dan berita penahanan puteri sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendapat perhatian media antarabangsa. Nampaknya orang-orang PKR akan memasang lilin lagi malam ini di depan Balai Polis Dang Wangi tanda protes seperti yang mereka lakukan semasa Nurul Izzah di tahan polis. itulah kerja pembangkang sejak-semenjak ini. 

Dan...busuk lagi lah nama polis dan KPN. Maka sudah pasti pembangkang akan demand supaya KPN memberi penarangan kenapa Tian Chuak ditahan? Itu sudah menjadi lumrah bagi pembangkang. Sentiadsa tidak puas hati. Adakah Tian Chuak akan bermalam satu malam di lokap seperti yhang di alami oleh Nurul? Sama-sama kita tunggu. Wassalam ~ IBM

3 comments:

  1. Tak patut cakap nama polis busuk lagi. Suara kita harus diterjemahkan sebagai sokongan kapada memertabatkan harmoni, keamanan dan penguatkuasaan polis bagi menekan segala unsur unsur fitnah keatas negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibm-Emelayu,

      Salam. Membusuk dan memburuk2 nama polis kan itu kerja pembangkang. Bagi mereka, apa saghaja yg polis buat semuanya tak betul belaka. Yg betul mereka. Puiii!

      Delete
  2. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...