Wednesday, March 4, 2015

KADANG-KADANG BOLEH PAKAI JUGA SI AZMIN NI YE!

RABU, 04 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 
MEMANG tepat keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali untuk tidak melayan tuntutan dan cadangan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerajaan Selangor pada Rabu menolak cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberikan Ganjaran Khas Prestasi Majlis Tahun 2014 sebanyak tiga bulan kepada Ahli Majlis dan kakitangannya. Sememangnya ganjaran tersebut memang tidak layak diterima oleh MBPJ. Prestasi MBPJ selepas diterajui oleh Pakatan Rakyat, begitu merudum sekali. Banyak permasalahan di Petaling Jaya ini tidak dapat diselesaikan oleh MBPJ. Nama sahaja 'bendaraya', tapi ianya tidak mencerminkan sebagai sebuah bandaraya. Disekitar Petaling Jaya  sebagai contoh, jalan rayanya tidak terurus, berlubang sana-sini. Memang memalukan dan menyusahkan penggguna jalan raya. Bukan itu sahaja, malah kita boleh lihat seolah-olah persekitaran di Petaling Jaya seperti sebuah bandar 'cowboy' dipenuhi dengan poster-poster ceti haram iaitu 'ah long'. Poster tersebut ditampal-tampal dimerata-rata tempat seperti di perhentian BAS, di tiang-tiang letrik, di papan tanda jalan, bangunan-bangunan dan di merata-rata tempat yang mereka suka. 
Disini, IBM ingin bertanya, dimanakah penguatkuasaan dari MBPJ? Kenapa sukar sangat Penguatkuasa MBPJ mejalanakan rondaan dan membenteras kegiatan ah long yang kini dilihat berluas-luasa? Sedangkan no tel Syarikat Pinjiman ah long tersebut terpapar didalam poster-poster tersebut. Tapi, ianya seperti sukar di bendung. Adakah MBPJ telah dikuasi oleh tokeh-tokeh peminjam wang haram tersebut? Memang sungguh memalukan kerana ianya melibatkan nama negara yang mana negara kita sedang giat mempermosikan 'tahun melawat Malaysia'. Apa kata para pelancung dari luar negara bila mereka melihat di sekitar bandarraya di Petaling Jaya seolah-olah tidak terurus. Apa fungsinya Datuk Bandar dan kaki tangan MBPJ?Sebenarnya banyak lagi yang boleh IBM ketengah dan dedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapa di dalam pentadbiran MBPJ. Dari segi pandangan mata kita semua, memang Petaling Jaya tidak layak di beri status 'bandaraya'. Memang hampehh!. Maka, IBM sangat-sangatlah setuju apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menolak daripada memberi ganjaran khas prestasi majlis tahun 2014. Prestasi apa yang dimaksudkan oleh MBPJ? Suruh Datuk Bandar (kini dipangku) cerminkan diri mereka dahulu. Perbetulkan dahulu segala komplain dari rakyat, 
Apa yang IBM lihat sekarang MBPJ langsung tidak bertangung jawab, fungsi mereka seolah-olah seperti melepaskan 'batuk ditangga'. Walaupun Menteri Besar, Azmin Ali telah pun bersetuju di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)untuk memberikan bonus satu bulan gaji kepada kakitangan MBPJ tertakluk kepada syarat ketat penilaian secara menyeluruh, namun  bagi pandangan IBM .Azmin sudah membuat satu kesilapan. Buat masa ini MBPJ tidak layak menerima apa-apa ganjaran dari kerajaan negeri Selangor..Memang betul MMKN akan menyediakan garis panduan yang lebih ketat kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjamin prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan di peringkat PBT, tapi biar mereka buktikan dahulu kemampuan mereka. Kalau mnegikut peraturan yang sah, semua PBT di Selangor bertanggungjawab untuk menghayati akan tujuan penubuhan majlis perbandaran yang berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat. PBT diminta mematuhi dasar-dasar Kerajaan Negeri yang telah diputuskan sebelum ini selaras dengan Seksyen 10(9) Akta Kerajaan Tempatan 1972," katanya Jelasnya,  peningkatan hasil kutipan melalui pembayaran cukai rakyat tidak boleh dilihat sebagai keuntungan perniagaan sebaliknya ia perlu diurus secara berhemah dan efisien. 
Kutipan hasil dan rezab perlu diurus dengan berhemah dan dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan yang berkualiti dan perkhidmatan yang efisien termasuk Piagam Pelanggan yang jelas. Penyelenggaraan jalan yang baik dan selesa, pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap serta menjamin persekitaran yang bersih dan selamat, katanya. Beliau berkata PBT juga perlu meneroka dan melabur dalam sektor perkhidmatan yang baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan bandar. Tapi, kalau mengikut prestasi yang ditunjukkan oleh MBPJ, jangan harap MBPJ boleh membawa para pelabur mahu pun pelabur tempatan atau pelabur asing. Bagi IBM, MBPJ adalah antara PBT di negeri Selangor yang gagal menaikkan nama Petalig Jaya, malah Petaling Jaya boleh di cop sebagai bandar 'maksiat' kerana satu lagi penyakit yang sukar diubati oleh MBPJ apabila timbulnya rumah-rumah urut, hotel-hotel badjet bak cendawan tumbuh. 
Jadi, wajarkah bandar Petaling Jaya di panggil 'bandaraya'? Atau adakah sejak negeri  Selangor di perintah oleh Pakatan Rakyat, maka berlakunya semua ini? sama-sama kita fikirkan. Buat masa ini Azmin bolkeh diberi 3 bintang diatas kesungguhan beliau turun padang meninjau apa yanhg berlaku pada PBT di seluruh Selangor. Sekali lagi IBM katakan, Petaling Jaya memang tidak layak bergelar 'bandaraya'. Wajib ditarik balik gelaran tersebut. IBM setakat menceritakan apa yang IBM nampak. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...