
[KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak hanya berperanan dalam menyediakan kemudahan pendidikan pra-sekolah kepada masyarakat di negara ini.
Sebaliknya, agensi tersebut juga berperanan dalam membantu rakyat bagi memastikan masyarakat di Malaysia menikmati kemudahan asas yang lengkap.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pegawai dan kakitangan Kemas berperanan mengumpul maklumat terkini di kawasan mereka.
“Kemas perlu mengambil tahu perkembangan semasa masyarakat sejajar dengan peranannya sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pelantikan Pemaju Masyarakat Tabika Gred S27 Sijil Penghargaan Persaraan dan pelancaran Baju Korporat Kemas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, pegawai dan kakitangan Kemas juga perlu memperjelaskan tentang dasar yang dijalankan kerajaan kepada masyarakat,
Menurutnya, anggota Kemas juga perlu sentiasa bersedia untuk menyelesaikan sebarang permasalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Mengulas isu berkaitan, katanya, kelayakan guru tadika Kemas akan dipertingkat daripada lulusan sijil ke peringkat diploma.
Jelas beliau, langkah tersebut bertujuan mempertingkatkan mutu pembelajaran pendidikan pra-sekolah di seluruh negara.]
KEMAS SENTIASA MEMBUAT YANG TERBAIK DEMI UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA. SYABAS! TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.
