Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang Di Bulan Kemerdekaan!

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Demi cintakan negara, ayuh kita kibarkan jalur gemilang dimana-mana anda berada. Tunjukkan semangat Patriotik dan semangat cintakan negara. Ayuh!. Ikhlas Dari : IBM

Megah berdiri bendera negara ku Malaysia yang tercinta. Moga negara ku Malaysia aman dan damai. Slogan 1 Malaysia mesti diteruskan. Malaysia boleh!

Wahai Angin, Kibarkan Megah Jalur Gemilang!

Semangat kemerdekaan. Rabun tidak menghalang adik Mohd Ridzuan Suhaimi (depan) dan rakannya Aiman Syahir Tugiman memasang Jalur Gemilang di perkarangan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth untuk memeriahkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan, di Johor Bahru.
Sdr Mahmud Johari mendukung anaknya Hana Aisyah sambil melihat deretan Jalur Gemilang yang diletakkan di Jalan Padang Merdeka bagi memeriahkan suasanan sempena Bulan Kemerdekaan, di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Wednesday, August 3, 2011

DAPig bercita beso, nak jadi Perdana Menteri!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Memang jelas DAP berhasrat untuk meletakkan lebih ramai wakilnya sebagai Menteri Besar apabila bersedia untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Apa yang saya dengar dari bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, DAP sudah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu apabila parti itu gagal mencalonkan wakil mereka sebagai Menteri Besar.

Tujuan utama mereka bukan kerana mahu mengangkat pemimpin Melayu, tetapi ingin memastikan pengaruh dan memperluaskan kuasa sekali gus menjadi parti induk di dalam pembangkang dan sekali gus menerajui negara.

Dari reaksi dan kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.


Inilah penasehat kepada DAP yang mahukan Malaysia menjadi Republik ke 2 seperti Singapura.

Saya ada terbaca akan kenyataan Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat ‘keputusan yang sukar’.

Saya juga difahamkan oleh Pengerusi Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berpandangan, DAP sedang menyusun langkah yang lebih besar iaitu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang memerlukan parti itu melebarkan jaringan di kawasan Melayu.

Beliau berpendapat, DAP sedang mengadaptasikan cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menguasai kerusi Melayu di negara itu sejak 1965.

Malah, hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP juga merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini. Kesimpulannya saya berpendapat betapa bahayanya politik DAP kepada rakyat negara ini khususnya kepada orang-orang Melayu. Bila lagi melayu nak sedar? - IBM


Monday, July 25, 2011

Melayu Terakhir DAP??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ramai orang menyatakan bahawa politik itu kotor. Percaturan dan permainan politik itu jijik. Tapi..sebebenarnya manusia itu sendiri yang membuat politik jadi kotor. Jangan nak salahkan politik itu kotor, ibarat "tak pandai menari dikatakan papan jongkang jongket." Itu tangkapan yang dah lapuk, tidak boleh diterima pakai di zaman canggih ini.

Perkara itu telah menyedarkan seorang anak melayu yang bernama 'Mohammad Razali Abdul Rahman' untuk kembali kepangkalan jalan dan meminta maaf kepada bangsanya sendiri kerana terkanjur berpolitik dengan menyertai DAP. Syukur alhamdulillah beliau sudah sedar betapa kotornya permainan politik yang diamalkan oleh DAP. Kepada melayu-melayu yang lain tu, bila lagi nak bertaubat dan keluar dari cengkaman DAP?..fikir-fikirkanlah. - IBM

Antara Statement Dari Sdr Mohammad :

Mohammed Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

[KEPALA BATAS 24 Julai - Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.]

Thursday, July 21, 2011

Menjelang Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan bulan Depan, Kibarkan Jalur Gemilang

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Jika dipersoalkan kewajaran mengibarkan bendera 'Jalur Gemilang' dalam bulan kemerdekaan ini, pasti sahaja jawapnya WAJAR. Namun sejauh mana keikhlasan setiap individu terhadap tindakan itu? Adakah mereka benar2 cintakan negara/negeri ini? Adakah mereka ini memahami sejarah negara ini? Adakah mereka faham makna setiap lambang dan jalur yang terdapat dalam bendera itu? Atau sekadar ikut-ikutan membabi buta? Siapa yang mengimabarkannya? Atau dengan wadah2 dan harapan2 tertentu?

Satu persoalan yang perlu kita rungkai bersama dalam satu perkongsian minda holistik. Anda dipersilakan......- IBM

PM Agih Jalur Gemilang di KL Sentral Rabu Depan

[PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara bulan depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengagihan bendera kebangsaan itu akan dilakukan di Stesen ERL di sini dan di Stesen KL Sentral selepas mesyuarat kabinet Rabu depan.

“Perdana Menteri dan jemaah menteri akan akan menaiki ERL dari sini ke KL Sentral,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengiringi Muhyiddin melihat contoh baju batik yang akan dipakai oleh para menteri pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan di stesen KL Sentral pada Rabu depan.

Rekaan baju batik itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia bagi menepati gagasan 1Malaysia.

Kesemua rekaan baju batik itu telah ditunjukkan kepada Muhyiddin sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada Rabu. – BERNAMA]


Mari kita sama-sama kibarkan jalur gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 54 tahun

Monday, July 18, 2011

MIC Positif Kaum India Sokong BN Di PRU - ke 13, bagaimana pula MCA??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN DALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Dengan perubahan minda yang dibawa oleh DS Najib Tun Razak dikalangan pemimpin-pemimpin politik dan diringi oleh pengumuman beberapa program pembangunan khas untuk meningkatkan kualiti hidup kaum India dalam bidang social dan ekonomi kaum India dengan ikhlas, maka perasaan marah yang ditimbulkan oleh parti –parti pembangkang di kalangan kaum India terhadap BN kian redah,malah tanda-tanda kaum India mendampingi BN kian kelihatan di seluruh negara, terutamanya di negeri-negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.

Perubahan minda yang mendatangkan kemerosotan sokongan kaum India tehadap Pakatan Rakyat turut dirasai oleh ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Beliau mengaku bahawa akhir-akhir ini sokongan kaum India terhadap Pakatan Rakyat merosot! - IBM

Pemimpin-pempimpin MIC berkeyakinan bahawa....

MIC yakin dapat semula sokongan kaum India

[KUALA LUMPUR – MIC yakin akan mendapat 50 hingga 70 peratus sokongan kaum India pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keyakinan kaum India terhadap MIC semakin pulih sejak kebelakangan ini dan ia merupakan petunjuk positif kepada parti itu.

“Jika dibandingkan dengan 2008, keadaan MIC sekarang lebih baik dan kita akan terus berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.

“PRU Ke-13 akan datang sangat mencabar tetapi sayap MIC sentiasa bersedia dan mengambil iktibar daripada PRU 2008,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan; Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T. Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin P. Komala Krishna Moorthy; Penyelaras Putera MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini.

Sementara itu, Subramaniam berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran akibat perubahan politik demi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam PRU akan datang.

Tambahnya, MIC juga akan bekerjasama sebagai satu pasukan dengan parti komponen BN lain untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan perancangan strategik yang teratur.

“Antara kesediaan MIC adalah menarik minat kumpulan sasaran seperti ahli profesional, peniaga, golongan muda dan wanita untuk menyertai parti itu.

“Kita kini juga berhadapan dengan penyakit angin perubahan dalam kalangan generasi muda yang harus diberikan suntikan ubat yang mencukupi untuk merawat penyakit itu,” katanya.

Katanya, generasi muda sekarang yang lahir pada zaman teknologi semenangnya mempunyai pandangan berbeza dan pandangan mereka harus dipertimbangkan supaya mendapat sokongan mereka.]

Antara pendekatan MIC bersama rakyat, program diteruskan bagi menyakinkan masyarakat India terhadap MIC/BN.

Melihatkan kelibat sokongan orang-orang Cina kepada parti pembangkang, khususnya DAP dalam arus politik mutakhir ini, ternyata kita sudah mula gelabah. Apakah selama ini orang-orang Cina tidak pernah menyokong BN?....mari kita sama-sama cari jawapanya - IBM


Sunday, July 17, 2011

Polis kata boleh pakai, tapi kuning yang tanpa logo BERSIH

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Tiada larangan dikenakan kepada rakyat negara ini dari memakai baju berwarna KUNING. Kita semua bebas kemana-mana berpakaian kuning. Tiada sekatan, tiada tangkapan oleh pihak Polis. Pakailah. Tapi dengan syarat, tiada logo BERSIH yang dipamirkan. Kalau ada, kalau anda semua berdegil, Polis tidak teragak-agak menahan anda semua. Kalau anda semua tidak puas hati, tanya sendiri sama PDRM, bukan IBM kata, tapi Polis kata - IBM.

Hah, yang macam ini boleh, dibenarkan!


[KUALA LUMPUR 17 Julai - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.]
Tersenyum lebar Timbalan Ketua Polis Negara kita. Ada apa-apa ke?


Friday, July 15, 2011

Kelantan nak brankrup, Nik Aziz export BUDU ke China?

[DARI MEJA IBM ] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Berita yang mengembirakan bagi rakyat negeri Kelantan. Bertuah kamu semua mendapat seorang Menteri Besar seperti Tok Guru Nik Aziz. Visinya jauh. Nun jauh ke Tembok Besar Negeri China.
Menurut beliau, akan memperkenalkan BUDU makan tradisional orang-orang negeri Kelantan sampai ke Tembok Besar China. Baguslah tu. Tahniah kepada Tok Guru. Memang elok dan tepat masanya beliau berbuat sedemikian kerana selama 21 lebih beliau menerajui negeri Kelantan, alangkah sedihnya, tiada apa yang dapat dibanggakan.

Kelantan masih ditakuk lama, mundur dan antara negeri yang termiskin di Semenanjung Malaysia. Elok benarlah tu bila Nik Aziz mengambil langkah untuk memperkenalkan produk makanan unik seperti BUDU ke negara seperti China.

Harap Nik Aziz akan berjaya dan dapat menaikkan ekonomi negeri Kelantan demi penyokongnya yang fanatik dengannya.

Budu, sudah sedia untuk dijamah. Ehmm, enaknya sehingga menjilat jari.

SATU HARI NANTI BUDU BERADA DITEMBOK BESAR CHINA : NIK AZIZ

[KOTA BHARU, 15 Julai: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.
Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan.

Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.

"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.

Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja.

Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.

Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu.

Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.

Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.]

DULU ADA JUGA CUBA-CUBA MAKAN BUDU NI, TAPI TAK BEBERAPA BERKENAN KERANA BAUNYA - IBM

Siapa Yang Menipu?..Anwar Atau Hj Hadi?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilayan teruk oleh polis ketika ditahan pada perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Ketua pembangkang itu membuat tuduhan pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam semalam.

KENYATAAN DATUK SERI ANWAR :

“Apa yang Ustaz Hadi katakan dihina begitu rupa. Anak saya kena tangkap saya tak sesebak itu sebab dia anak muda tapi Ustaz Hadi seorang ulama umur 60an, bekas Menteri Besar, Ahli Parlimen dilayan teruk, diheret, dicampak dalam trak polis. Sistem apa yang Najib nak pertahankan? Dengan cara itu ingat Ustaz Hadi takut?

Ini pula pengakuan tuan punya badan yang didakwa Datuk Seri Anwar diheret dan dicampak dalam trak polis, pada Sabtu lalu.

KENYATAAN HAJI HADI AWANG :
“Dengan pertolongan Allah subhanahuwataala semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa. Pergi hantar sampai ke rumah, saya ucap terima kasih banyak, saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja.”

Datuk Seri Hadi membuat pengakuan itu malam semalam sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu.

Selain Datuk Seri Hadi, semua yang ditahan turut menerima layanan baik daripada polis.

Makanan disediakan dengan kos RM25 setiap seorang selain ruang solat untuk mereka yang beragama Islam.

ELOK LE TU. BUKU BERTEMU DGN RUAS. SESAMA SENDIRI TAK ADA SEFAHAMAN. HARAP RAKYAT DAPAT MENILAI MANUSIA JENIS APA SI NUAR NI?... MAMPUS LEBIH BAIK. FIKIR-FIKIRKANLAH. - IBM

Thursday, July 14, 2011

Misteri Jerebu Di Kuala Lumpur

[DARI MEJA IBM ] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Dipetik dari : My Newshub.


KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu kami menyiarkan berita dan gambar mengenai keadaan berjerebu di Kuala Lumpur.

Begitu nyata sekali ibu negara akan tenggelam dalam cuaca yang buruk itu, terutama pada sebelah pagi.

Misteri Jerebu Di Kuala Lumpur

Namun, agak misteri kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar memperlihatkan udara di ibu negara berada dalam kategori sederhana.

Ia sama sekali tidak mencerminkan keadaan ibu negara yang sebenar.

Malah, apabila kami menghubungi JAS, pihak itu memberitahu bahawa cuaca panas dan kering di negara ini menyumbang kepada keadaan berjerebu itu.

Beberapa titik panas dipercayai pembakaran terbuka di Sumatera turut menjadi punca. Namun secara tepat mengapa cuaca di Kuala Lumpur bergitu berasap tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Gambar di atas adalah yang terkini kami ambil pukul 12.30 tengahari ini dari sebuah kawasan kediaman tinggi di Cheras Baru.

Ini bukan gambar untuk hari yang sedang mendung atau mahu hujan.

Pada hari yang cerah dan tiada jerebu, sepatutnya kita mampu melihat seluruh Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas dari lokasi gambar itu diambil.

Gambar ini tidak melalui sebarang proses pertindihan. Ia adalah gambar asal.

Jadi persoalannya, jika semenjak dua ini kualiti udara nampak begitu buruk di mata kasar, mengapa IPU sekadar memperlihatkan ia berada dalam kategori sederhana?

JEREBU MEMANG MENYUSAHKAN KITA. DEMI KESIHATAN KITA SEMUA, IKUTLAH ARAHAN JABATAN KESIHATAN DAN PATUHILAH APA YANG TELAH TETAPKAN PADA KITA. - IBM

Anwar Pengkhianat Negara, kata bekas Ketua Polis Negara

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Memang tepat dan wajar sekali sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim di labelkan sebagai PENGKHIANAT NEGARA dan perlu dikenakan tindakan tegas.

Bermacam-macam kerenah yang telah beliau lakukan dengan memburuk-burukan nama negara demi kepentingan peribadi beliau dan untuk menjadi seorang PERDANA MENTERI.

Baru-baru ini beliau telah membuat kenyataan di media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati REVOLUSI selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu.


Memang sebiji pun macam muka pengkhianat


APA KATA BEKAS-BEKAS KETUA POLIS NEGARA :

Tan Sri Musa Hasan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tan Sri Abdul Rahim Nor

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

DAN BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TAN SRI SAMSURI ARSHAD :

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.


SETUJU DENGAN APA YANG DIKATAKAN OLEH BEKAS2 KETUA DAN TIM.KETUA POLIS NEGARA. TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL KE ATAS PENGKHIANAT BANGSA SEPERTI ANWAR NI. - IBM


Kemas Bukan Hanya Pendidikan Pra - Sekolah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Demi untuk masa depan anak-anak kita dan genarasi yang akan datang, kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat didalam soal perbelajaran. Bermula dari Pra-Sekolah hinggalah ke menara gading.

Jesteru itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) meneruskan usaha dan meningkatkan lagi standarad perbelajaran bagi membantu kanak-kanak terus mendapat bimbingan yang lebih teratur dan sempurna.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

[KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak hanya berperanan dalam menyediakan kemudahan pendidikan pra-sekolah kepada masyarakat di negara ini.

Sebaliknya, agensi tersebut juga berperanan dalam membantu rakyat bagi memastikan masyarakat di Malaysia menikmati kemudahan asas yang lengkap.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pegawai dan kakitangan Kemas berperanan mengumpul maklumat terkini di kawasan mereka.

“Kemas perlu mengambil tahu perkembangan semasa masyarakat sejajar dengan peranannya sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelantikan Pemaju Masyarakat Tabika Gred S27 Sijil Penghargaan Persaraan dan pelancaran Baju Korporat Kemas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, pegawai dan kakitangan Kemas juga perlu memperjelaskan tentang dasar yang dijalankan kerajaan kepada masyarakat,

Menurutnya, anggota Kemas juga perlu sentiasa bersedia untuk menyelesaikan sebarang permasalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Mengulas isu berkaitan, katanya, kelayakan guru tadika Kemas akan dipertingkat daripada lulusan sijil ke peringkat diploma.

Jelas beliau, langkah tersebut bertujuan mempertingkatkan mutu pembelajaran pendidikan pra-sekolah di seluruh negara.]


KEMAS SENTIASA MEMBUAT YANG TERBAIK DEMI UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA. SYABAS! TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...