Showing posts with label koleksi dari Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label koleksi dari Mutiara Kata. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Koleksi Dari Mutiara Kata

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

Mari kita sama-sama menghayati 'Mutiara Kata' berkisarkan kepada 'CINTA' :


>>> Cinta Itu Adalah Hal Yang Aneh. Apabila Kita Menggenggamnya Lebih Kuat Ia Mati, Tetapi Apabila Kita Menggenggamnya Terlalu Longgar Ia Lari.

>>> Cinta Adalah Tenaga Ampuh Bagi Menghasilkan Kebaikan Apabila Anda Menguasainya, Tetapi Menjadi Tenaga Yang Merosak Apabila Anda Yang DiKuasainya.

>>> Cinta Mengenal Dua Jenis Penyakit, Iaitu Perang Dan Perdamaian.

>>> Cinta Itu Laksana Penyakit Campak, Semua Orang Perlu Merasakanya.

>>> Cinta Adalah Persamaan Keinginan Dan Persahabatan.

>>> Cinta Dapat Meluruskan Watak Yang Bengkok Dan Menghidupkan Yang Mati Dalam Jiwa Orang Yang Mencintanya.

>>> Cinta Menyebabkan Si Kikir Menjadi Setia, Si Pengecut Lebih Berani Mati Demi Orang Yang Dikasihinya.

>>> Cinta Sejati Serupa Dengan Penampakan Roh, Semua Orang Membicarakannya Tetapi Tidak Seorang Pun Yang Melihatnya.

>>> Cinta Adalah Sumber Daripada Kesusahan Dan Kecemasan.

>>> Cinta Adalah Tenaga Pendorong Yang Sangat Kuat.

IBM : Bercinta memanglah manis, tetapi banyak yang masam dari yang manis. Maaf ye, itu hanya pandangan peribadi saya. Jangan marah ye........!

Wednesday, February 23, 2011

Koleksi DARI MUTIARA KATA


ASSALAMUALIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

Mutiara kata merupakan susunan kata-kata indah yang lahir daripada luahan para cendekiawan yang berwibawa dan merupakan pesanan atau amanat penting serta sangat bermanafaat kepada para pembaca. Susunannya yang indah ini dapat menpengaruhi dan mengajak para pembaca berfikir dan mengambil iktibar daripada Mutiara Kata yang dicetuskan oleh mereka ini.

~ Sesungguhnya di antara kewajipan bapa terhadap anak-anaknya ialah mengajarnya kepandaiaan menulis, memberikannya nama-nama yang baik dan mengahwinkannya apabila ia sampai umur.

~ Berusaha mencari rezeki dan keperluan hidup pada waktu pagi pagi maka sesungguhnya waktu pagi itu memberi berkat dan kejayaan.

~ Allah mengutuk orang yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan yang meminta sambung rambutnya, juga yang merajah (melukis dan membuat tatu pada tubuhnya) dan yang minta dibuat tatu, juga yang mencukur alisnya dan yang meminta dicukur alisnya.

~ Takutlah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan dan berkelakuan baiklah kepada manusia.

~ Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditunda baginya umur(ajalnya), hendaklah ia menghubungi kasih sayangnya (silaturrahim).

~ Dusta yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang mengatakan tahu sesuatu dengan mata kepalanya, padahal dia tidak tahu.

~ Sesiapa yang tidak menyanyangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang lebih tua, maka ia bukan daripada golongan orang kami.

~ Kadang-kadang mata melawan matahari kerana dia ditimpa penyakit belas dan mulut menentang manisnya air kerana ditimpa deman.

~ Barang siapa yang mengambil harta orang dengan tujuan menjaganya, nercaya Allah menjaganya dan barang siapa mengambilnya dengan tujuan merosakkannya, maka Allah rosakkan dia.

~ Tiada musibah (bencana yang menimpa sesorang muslim) melainkan Allah mengkafaratkan (menghapuskan sebahagian) daripada dosanya kerana bencana itu). Walaupun ia merupakan tusukan yang diterimanya daripada tikaman duri.

INGATLAH BAHAWA FIKIRAN YANG SIHAT DAPAT MELANCARKAN SEGALA KERJA, WALAUPUN PEKERJAAN ITU MERUPAKAN PEKERJAAN YANG PALING BERAT. INI KERANA SETIAP TINDAKAN KITA HARUS DIMULAI DENGAN BERFIKIR, TANPA BERFIKIR PASTI KITA TIDAK AKAN BERJAYA DALAM APA-APA JUGA YANG DILAKUKAN - IBM

Thursday, January 27, 2011

KOLEKSI DARI MUTIARA KATA

Salam Untuk Semua Para Pembaca.

Mutiara kata merupakan cetusan minda atau falasafah yang diturunkan oleh tokoh-tokoh terbilang. Secara tidak langsung, Mutiara Kata ini dapat merangsang minda dan menggerakkannya agar berusaha dengan lebih gigih.


Antaranya :

* Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan mendapat manafaat daripada ilmunya, selagi ilmunya ini tidak berpedoman kepada akal.

* Permulaan marah itu ialah gila, kesudahanya ialah menyesal.

* Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap kaum.

* Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.

* Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan, dibawanya gelak pipinya, dirasakan hari panas.

* Wahai anak kesayanganku, bergaullah dengan para ulama dan rapatkanlah kedua-dua lututmu, sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupan tanah yang mati dengan hujan lebat.

* Wahai anak kesayanganku, carilah ilmu kerana apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu itulah hartamu. akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.

* Selamat membaca. Ikhlas dari : IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...