Salam Untuk Semua Para Pembaca.
Mutiara kata merupakan cetusan minda atau falasafah yang diturunkan oleh tokoh-tokoh terbilang. Secara tidak langsung, Mutiara Kata ini dapat merangsang minda dan menggerakkannya agar berusaha dengan lebih gigih.
Antaranya :
* Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan mendapat manafaat daripada ilmunya, selagi ilmunya ini tidak berpedoman kepada akal.
* Permulaan marah itu ialah gila, kesudahanya ialah menyesal.
* Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap kaum.
* Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.
* Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan, dibawanya gelak pipinya, dirasakan hari panas.
* Wahai anak kesayanganku, bergaullah dengan para ulama dan rapatkanlah kedua-dua lututmu, sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupan tanah yang mati dengan hujan lebat.
* Wahai anak kesayanganku, carilah ilmu kerana apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu itulah hartamu. akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
* Selamat membaca. Ikhlas dari : IBM