Tuesday, January 25, 2011

Hari Ini Dalam sejarah

25 JANUARI

Salam 2 All dan salam 1 Malaysia....

Berkisarkan sejarah penerbangan Tanah Air. Jom kita baca.....

MALAYSIA MENUBUHKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI
MALAYSIA MENUBUHKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI
Tarikh Peristiwa: 25-01-1970

Pada hari ini dalam tahun 1970, di atas persetujuan bersama Kerajaan Malaysia dan Singapura telah membuat pengumuman bahawa demi kepentingan kedua-dua negara perlulah ditubuhkan dua buah syarikat penerbangan yang berasingan. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah Syarikat Penerbangan dengan nama Malaysia Airline Berhad (MAL) tetapi nama ini ditukarkan kepada Malaysia Airlines Sistem Berhad atau MAS. Tujuan penubuhan syarikat ini ialah untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan penerbangan antarabangsa. Buat permulaan operasinya MAStelah mengambil alih daripada Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA), sebanyak 9 buah kapal terbang jenis F27 dan tiga buah jenis BN 2. Wau Kelantan telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan negara. Dengan adanya Sistem Penerbangan Awam sendirinya ianya akan dapat menyumbangkan secara lebih berkesan lagi kepada bidang perdagangan dan pelancongan negara.

* Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara.

2 comments:

  1. Salam tuan,
    Mohon link ke blog Tuan.
    T Kasih

    ReplyDelete
  2. Laksamana Bentan : Salam kembali. Insyallah akan diuruskan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...