Friday, January 21, 2011

PAS dengki. Menuduh Najib tabur janji kosong kepada peneroka FELDA

Satu lagi pembohongan dan fitnah yang dilamparkan oleh PAS terhadap BN. Gambar di atas ini diambil oleh pemberita akhbar pakar fitnah nombor 1 di Malaysia "Harakahdaily' dan membayar si polan ini untuk posting dan dijadikan bahan berita mereka. Fitnah, fitnah...itulah kerja PAS untuk menang di PRK DUN Tenang. PAS tiada pilihan. Jom baca.....

LABIS, 21 Jan: Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.

(GAMBAR ATAS: Inilah deretan kedai usang di Felda Cempelak yang sekian lama terbiar.)

Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.

"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.

Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini.

(GAMBAR KIRI: Pelbagai janji dibuat Najib ketika berucap di Tenang)

Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.

"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi. Cerita selanjutnya : KLIK DISINI

Bagi PAS, bohong, fitnah adalah perkara biasa bagi mereka. Sanggup mengupah orang, beri upah semata-mata bergambar untuk bahan berita surat khabar mereka. Kalau Umno/BN beri upah, haram..tapi bila depa bagi, halal. Itulah pusingan roda parti PAS, ' Parti agama sesat' - IBM

2 comments:

  1. hmm..ceq semakin suka dgan dunia politik.

    ReplyDelete
  2. raha hanyam : Salam. Terima kasih. Teruskan mengikuti perkembangan Politik yg amat mencabar dan menguji kesabaran kita dan meningkatkan minda kita....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...