Saturday, January 29, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

29 JANUARI
Salam, Salam Hari Sabtu dan Salam 1 Malaysia.
Moga ceria bersama keluarga di hujung minggu ini. Di samping itu mari kita ruangkan sedikit masa, mengimbas kembali apa yang berlaku di Tanah Air kita pada hari ini....jom baca...

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR - MENUBUHKAN PUSAT RAWATAN HARIAN

Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, merupakan tanggungjawab Kerajaan, pelbagai pendekatan telah dijalankan bagi membantu dan menyediakan kemudahan kepada rakyat. Pada hari ini 29.1.1991, Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dato' Megat Burhainuddin Megat Abdul Rahman mengumumkan Hospital Besar Kuala Lumpur akan mewujudkan Pusat Rawatan Harian khusus untuk kanak-kanak di Hospital Pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur. Pusat ini akan digunakan untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti leukimia, haemophilia dan suntikan terafi antibiotik. Rawatan bagi penyakit di atas hanya memerlukan tempoh sehari sahaja dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad. Selain daripada itu, kata Dato' Megat Burhainuddin, dengan adanya pusat ini, pihak hospital dan keluarga kanak-kanak akan dapat menjimatkan perbelanjaan kedua-dua pihak. Sebahagian besar daripada negara-negara maju juga sudah melaksanakan konsep `Pusat Rawatan Harian' di negara mereka. Sebagai satu usaha untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan, usaha-usaha yang dijalankan ini akan dapat membantu meringankan beban pesakit selain daripada menjimatkan kos.


* Kepada para pembaca dari kaum Tionghua, Selamat menyambut Tahun Baru Cina yang tak lama lagi akan menjelang. Ikhlas dari : IBM

Sumber : Arkib Negara

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...