Friday, January 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Moga pembaca yg budiman ceria di hari ini, hari Jumaat, penghulu (bagi agama Islam) segala hari. Mari kita tengok apa yg berlaku pada hari ini dalam sejarah....


07 JANUARI

PERASMIAN TEROWONG DAN LEBUHRAYA KARAK-KUALA LUMPUR
PERASMIAN TEROWONG DAN LEBUHRAYA KARAK- KUALA LUMPUR
Tarikh Peristiwa: 07-01-1978

Pada hari ini dalam tahun 1978, Terowong dan Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya kepada lalu lintas oleh Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Haji Abdul Ghani Gilong. Lebuhraya yang mengandungi sebuah terowong sepanjang 3,000 kaki di Genting Sempah Lebuhraya sepanjang 47 batu ini telah mendekatkan Karak dengan Kuala Lumpur. Lebuhraya yang menelan belanja sebanyak $ 136.4 juta ini merupakan laluan alternatif kepada jalan Gombak - Bentong yang sempit dan bengkang-bengkok dengan dibiayai melalui pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia. Terowong Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur ini merupakan yang pertama di bina di Malaysia ini, telah dilengkapi dengan kamera bagi mengawal pergerakan kenderaan yang melalui terowong ini yang dipancarkan di rumah kawalan terowong. Sesungguhnya, pembinaan terowong dan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ini telah memendekkan perjalanan di antara Kuala Lumpur dan negeri-negeri Pantai Timur, serta menggalakkan perkembangan ekonomi yang lebih pesa


KATA IBM : Selamat membaca !!
Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...