Wednesday, January 12, 2011

Messi Pemain Terbaik Dunia 2010

'Lionel Messi telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia buat tahun kedua berturut-turut.'

Messi menang Trofi FIFA Ballon D'Or

ZURICH: Prestasi cemerlang Lionel Messi untuk Barcelona mengatasi kehampaan Piala Dunia, sekali gus memastikan penyerang Argentina dinamakan sebagai pemain terbaik dunia 2010.

Messi memenangi anugerah FIFA itu untuk tahun kedua berturut-turut, mengatasi rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.
"Ia adalah hari istimewa untuk saya," kata Messi menerusi jurubahasa ketika menerima anugerah itu di sini.
Pemain berusia 23 tahun itu meraih 58 gol tahun lalu untuk Barcelona yang mengekalkan gelaran liga Sepanyol dan mendahului pada musim ini.

Namun, Messi gagal menjaringkan gol di Afrika Selatan ketika Argentina tersingkir di peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Iniesta dan Xavi pula beraksi untuk Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia. - AP

-bharian

Anugerah Lain
FIFA Men's World Player of the Year: Lionel Messi
FIFA Women's World Player of the Year: Marta
FIFA World Coach of the Year for Men's Football: Jose Mourinho
FIFA World Coach of the Year for Women's Football: Silvia Neid
FIFA FIFPro World XI of 2010: Iker Casillas; Maicon, Gerard Pique, Lucio, Carles Puyol; Xavi Hernandez, Wesley Sneijder, Andres Iniesta; Cristiano Ronaldo, David Villa, Lionel Messi

FIFA Puskas Award: Hamit Altintop
FIFA Fair Play Award: Haiti Under-17 women's team
FIFA Presidential Award: Archbishop Desmond Tutu

KATA IBM : Pemilihan yang tepat, tidak boleh di pertikaikan lagi. Memang Messi layak memenangi gelaran tersebut. Siapa pemain Fifa 2011 ?........lama lagi. Tungguuuuuuuuuuuuu....!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...