Monday, January 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Moga pembaca budiman semua ceria di pagi hari Isnin ini bagi menjalankan tugasan yang telah diamanahkan. Disamping itu, mari kita tinjau-tinjau apa yang berlaku di negara kita pada hari ini, kita imbau kembali.............



10 JANUARI

MALAYSIA DAN PAPUA NEW GUINEA METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KETENTERAAN
MALAYSIA DAN PAPUA NEW GUINEA METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KETENTERAAN
Tarikh Peristiwa : 10.01.1991

Pada hari ini dalam tahun 1991 Malaysia dan Papua New Guinea (PNG) telah memeterai Perjanjian Persefahaman bagi meningkatkan lagi kerjasama ketenteraan dua hala khususnya dalam bidang latihan. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Pertahanan Papua New Guinea, Encik Bernais Sabumei, bertempat di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.Di antara kandungan perjanjian persefahaman tersebut ialah:-
  • Malaysia akan memberi bantuan kepakaran kepada Papua New Guinea dalam menghadapi masalah ancaman pihak-pihak penentang bersenjata di negara itu.
  • kedua-dua negara bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja bagi memastikan pelaksanaan segala program yang telah diatur.
  • Malaysia akan membantu Papua New Guinea dalam usahanya untuk merangka undang-undang darurat di negara itu.
  • Malaysia akan menyediakan sebanyak 55 jenis kursus ketenteraan kepada Papua New Guinea.
  • Malaysia akan membekalkan peralatan tentera seperti peluru, senapang dan pakaian yang dikeluarkan oleh negara ini kepada Papua New Guinea.
  • Malaysia akan memberi bantuan teknologi seperti kepakaran dalam penyelenggaraan kapal terbang dan kapal tentera laut.
Dalam Majlis tersebut Datuk Seri Najib berkata bahawa perjanjian persefahaman itu sebagai satu langkah positif ke arah memperkuatkan hubungan kedua buah negara khususnya dalam menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa besar yang sentiasa menumpukan perhatian di rantau ini. Sementara itu, Encik Bernais memberitahu bahawa kerjasama yang ditandatangani itu membuktikan harapan besar yang diberikan oleh Papua New Guinea kepada Malaysia. Dengan termeterainya perjanjian persefahaman tersebut diharap akan memberi laluan kepada negara-negara lain untuk turut bekerjasama dalam bidang ketenteraan dengan negara ini.

SELAMAT MEMBACA !!
Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...