Sunday, January 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum.

Harap para pembaca semua sihat di samping keluarga yang tersayang. Sambil kita berehat di hari minggu ini , mari kita tinjau sejenak akan sejarah yang berlaku di Melaka, negeri yang bersejarah.

16 JANUARI

MELAKA JATUH KE TANGAN BELANDA
MELAKA JATUH KE TANGAN BELANDA
Tarikh Peristiwa: 16-01-1641

Pada hari ini dalam tahun 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Berikutan itu, maka tamatlah penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511. Kejayaan tersebut adalah hasil daripada serangan yang berterusan oleh tentera Belanda ke atas Melaka mulai tahun 1640. Serangan tersebut telah dilakukan atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor. Sultan Johor telah memberi bantuan dengan menghantar 40 buah perahu perang yang membawa seramai 1,500 orang tentera di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil. Tentera-tentera Belanda diketuai oleh Jacop Koper dan Andriaan Antonisz telah mengadakan kepungan selama beberapa bulan ke atas Melaka sehingga menyebabkan timbulnya masalah kekurangan makanan, keadaan ini telah menyebabkan pihak Belanda yang diketuai oleh General Coertekoe melancarkan serangan ke atas Kota Melaka. Sesungguhnya, kejatuhan Kota Melaka merupakan titik tolak kepada usaha perjuangan mempertahankan tanah air. Rintangan dan dugaan yang telah dihadapi sewaktu dijajah menyemarakkan semangat perjuangan sehinggalah negara mencapai kemuncak kejayaan iaitu kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

KATA IBM : Selamat membaca, enjoy your weekened bersama keluarga yang tersayang.

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...