Monday, January 31, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau apa yang berlaku di tanah air pada hari ini :

31 JANUARI
PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Tarikh Peristiwa : 31-01-1935


Pada hari ini dalam tahun 1935, Maktab Perguruan Melayu Melaka telah dibuka khas untuk melatih guru-guru perempuan. Pada peringkat awal penubuhannya maktab ini hanyalah merupakan bangunan rumah sakit yang telah diubahsuai menjadi sebuah maktab. Pada akhir tahun 1939, sebuah sekolah perempuan di Ujong Pasir telah diambil alih oleh pentadbir maktab dan dijadikan sebagai Sekolah Latihan. Pada peringkat permulaannya, pengambilan pelatih hanya terhad kepada 24 orang bagi sesi pengambilan bagi setiap tahun. Para pelatih yang terpilih ini telah diberikan elaun sebanyak $3.00 sebulan sepanjang tempoh dua tahun kursus tersebut dijalankan. Pengetua pertamanya ialah Puan N. Purdom yang kemudianya telah digantikan dengan Puan M. Lomas dengan dibantu oleh seorang Penolong iaitu iaitu Cik Fatimah Musa. Maktab ini menyediakan sukatan pelajaran yang lebih menjurus kepada pelajaran yang melibatkan urusan rumahtangga dan penghidupan di rumah. Antara mata pelajaran yang disediakan ialah Kira-Kira, Bacaan Tulisan Jawi dan Rumi serta Karangan Sejarah. Selepas perang ia telah ditambah dengan kurikulum Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sejak tahun 1935, maktab ini telah menyediakan pelatih-pelatih untuk mengajar di sekolah rendah Melayu sahaja sehinggalah pada tahun 1973, maktab ini telah mula menyediakan pelatih untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah.

DAN JUGA..

PENGUMUMAN RANCANGAN PEMBINAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU
PENGUMUMAN RANCANGAN PEMBINAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU
Tarikh Persitiwa : 31-01-1961

Pada hari ini dalam tahun 1961, Pegawai Pelajaran Bandaran Dr. F.J.A. Rawaliffe mengumumkan rancangan pembinaan sekolah-sekolah Melayu Kuala Lumpur. Pengumuman rancangan ini adalah yang terbesar sejak negara mencapai Kemerdekaan.Di antara cadangan-cadangan yang telah dibuat bagi melaksanakan projek pembinan sekolah tersebut seperti berikut:-
  • sebuah sekolah berharga $190,000 berhampiran Parlimen bagi menggantikan Sekolah Gombak Line.
  • sebuah sekolah di Dato' Keramat berharga $5000.00
  • sebuah sekolah di Setapak yang berharga $70,000 bagi menggantikan Sek. Keb. Melayu yang telah berusia 71 tahun.
  • menambah bilik darjah bagi Sek. Melayu Sentul dengan harga $50,000.
  • menggantikan bangunan Sek. Melayu Seputih dengan perbelanjaan $20,000.
  • memperbesarkan Sek. Melayu Kg. Pandan dengan perbelanjaan $18,000.
Projek-projek yang dicadangkan ini dianggarkan menelan belanja $398,000 dan dapat menampung 3420 orang pelajar. Dengan adanya kemudahan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar Melayu mendapat pendidikan yang lebih sempurna lagi.

* Selamat membaca semua, moga menambah ilmu pengetahuan kita - IBM

Sumber : Arkib : Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...