Wednesday, January 19, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.
Dari dia kita datang, dan dari dia juga kita kembali. Al-Fatihah..!

19 JANUARI

DATO' ONN MENINGGAL DUNIA
DATO’ ONN MENINGGAL DUNIA
Tarikh Peristiwa : 19-01-1962

Pada hari ini dalam tahun 1962, Dato' Onn bin Jaafar telah meninggal dunia pada usia 67 tahun dan merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara. Semasa hayatnya, Dato' Onn merupakan seorang pejuang kebangsaan dan tokoh politik terulung di Tanah Melayu. Beliau telah berjaya meniup kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dan memimpin mereka menentang Gagasan Malayan Union. Sumbangan terbesar beliau yang terus dikenang sehingga kini ialah jasanya sebagai pengasas UMNO. Beliau merupakan Presiden pertama UMNO apabila ia telah ditubuhkan dengan rasminya pada ll Mei 1946. Dato’ Onn telah dilahirkan pada tahun 1895 di Johor Bharu, sejak kecil lagi beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat baginda. Hasil daripada asuhan diraja, didikan Islam, serta pendidikan timur dan barat yang diterima maka tertanam suburlah dijiwanya perasaan berkeluarga, bermasyarakat, bernegara, cintakan tanah air dan bersemangat kebangsaan. Berita pemergian abadi beliau telah disambut dengan rasa sedih dan terharu oleh rakyat dan pemimpin negara. Sebagai mengenang segala jasa baktinya, Jenazah Allahyarham telah diberikan penghormatan negara. Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar, lalu dibawa ke Istana Besar untuk penghormatan terakhir dan telah disemadikan di Perkuburan Diraja Mahmudiah.


Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato' Onn, moga rohnya di tempatkan bersama-sama dgn orang yang beriman. Amin.. - IBM

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...