Thursday, January 6, 2011

Kenaikan harga minyak tidak beban pengguna


RON97 RM2.40 seliter

Ramai yang berpendapat, kenaikan harga RON97 sebanyak 10 sen kepada RM2.40 seliter semalam tidak mempengaruhi ekonomi masyarakat kerana penggunaannya terhad.

Mengikut kata Pensyarah Ekonomi Universiti Sainis Malaysia, Profesor Dr Amir Hussin, dia berpendapat kebanyakan masyarakat menggunakan RON95 yang jauh lebih murah daripada RON97. Oleh itu, katanya kenaikan harga minyak tidak membebankan penggguna kerana bagi yang berkenderaan lebih menjurus menggunakan RON95 yang harganya RM1.90 seliter.

Bagaimanapun kerajaan perlu tegas dan memantau harga minyak agar tidak terus naik sehingga membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Peniaga perlu dipantau oleh pihak berwajib bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.

Kata IBM : Dalam hal ini, bila kerajaan sedaya upaya menyekang kenaikan harga minyak, rakyat juga harus memainkan peranan bagi membantu kerajaan, berjimat ceramat, gunakan kenderaan awam, salurkan maklumat segera, jika mendapat tahu kegiatan menyeludup minyak ke negara jiran dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...