Sunday, January 23, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Apa yang berlaku pada hari ini..?...mari kita baca....

23 JANUARI
PENGUMUMAN STRATEGI-STRATEGI DASAR EKONOMI BARU
PENGUMUMAN STRATEGI-STRATEGI DASAR EKONOMI BARU
Tarikh Peristiwa: 23-01-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mengumumkan strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh beliau dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO bertempat di Kuala Lumpur. Strategi-strategi tersebut ialah mengadakan rancangan-rancangan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat yang tidak berkemampuan, baik di luar bandar mahupun di dalam bandar; Meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dengan cara memperhebatkan lagi rancangan pembangunan pertanian dan perusahaan termasuklah penyertaan kerajaan dalam rancangan pembangunan ini; Mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang di kalangan orang Melayu pada semua lapisan; serta menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang semata-mata bergantung kepada pertanian dan mengubahnya menjadi masyarakat moden yang berlandaskan pertanian dan juga perusahaan serta perdagangan. Sesungguhnya strategi yang dirangka ini adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Salam. Kepada para pembaca yang meminati akan perkembangan ekonomi negara, eloklah baca. - IBM

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...