Lebih kurang begini le rupanya 'Parasit' yang digambarkan oleh Datuk Dr Hasan Ali. Kot-kot le.
TAK sangka ye. Parti Pas yang selama ini melaung-laungkan bahawa merekalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tiada yang lain selagi Pas. Rupa-rupanya indah kabo dari rupa. Kini terbongkar. Rupa-rupanya ramai sungguh 'Parasit' yang berkeliaran didalam parti Pas. Memang, memang Pas sudah tenat. Tenat didalam segala aspek.

Kata beliau, golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada kehendak mereka. inilah yang sedang berlaku dalam Pas dan ini juga adalah antara sebab-menyebab beliau dipecat dari Pas. Dan yang paling mengejutkan lagi, jumlah kumpulan parasit yang tedpat didalam Pas, begitu besar jumlahnya dan mereka menggunakan strategi yang licik dan berjaya mengubah hala tuju Pas.
Oleh itu, kata Datuk Dr Hasan Ali, kehadiran kumpulan parasit itu membuatkan Pas yang dilabelkan sebuah parti yang mengangkat martabat Islam gagal memainkan peranan asalnya untuk menjaga akidah umat Islam. Kesimpulan, kata Datuk Dr Hasan, Pas kini menghadapi kehancuran dik di dikungkung oleh kumpulan Parasit ini.
Kini jelaslah bahawa Pas bukanlah sebuah parti Islam, tapi bertopengkan agama semata-mata kerana fahaman politik songsang mereka dan kini di pengaruhi pula kumpulan parasit yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali. Bagi IBM, Pas memang dah lama berjalan senget kerana pemimpin mereka semuanya senget-senget belaka. - IBM