Tuesday, January 31, 2012

Aziz Bari Kini Bergelar "Provoktor". Gelaran 'Profesor' Gugur, Kah..Kah.Kah..

"I bukan lagi 'Profesor'. Tapi, tak ada hal lah. Small matter" - Aziz Bari

BAK bintang gugur ke bumi. Tiada lagi bercahaya dan berharga. Begitulah diibaratkan bekas pensyarah UIA dan kononnya pakar undang-undang dan perlembagaan.  Mulai semalam, kalau tak silap le, Aziz Bari tidak lagi bergelar 'Profesor'. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengumuman ini datangnya dari Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad, bukan IBM kata atau reka cerita. Menurut beliau sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. Tapi, ada ke Universiti yang nak tawarkan si bongok Aziz ni jadi Pensyarah depa??. Kepada Universiti-Universiti ni, IBM nak ingatkan, tak usahlah ambik dia ni. Susah nanti. Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

Dengan penjelasan ini, beliau harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan MalaysiaSAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Selepas ini, Aziz Bari bolehlah mengelarkan dirinya sebagai 'PROVOKTOR' kerana sesuai dengan perangainya yang sombong, berlagak, mulut terlalu celupar dan suka provok orang. Memang sesuai sekali. Hehehehe.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  ______________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...