Sunday, January 15, 2012

Hj Hadi Mengaku Kalah. Bukan Senang Nak Tawan Putrajaya Dari BN!!


SEOLAH-OLAH sudah mengaku kalah, Presiden Pas Datuk Seri Abdl Hadi Awang mengakui hasrat pakatan pembangkang PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU ke-13 nanti, bukanlah satu tugas yang mudah.
Banyak lagi kerja-kerja keras yang perlu mereka buat untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum itu kerana 'jalan untuk ke Putrajaya sangat berliku dan bukan jalan yang mudah'.

IBM dapat rasakan apa yang diluahkan oleh Hj Hadi kerana pakatan pembangkang sudah dapat melihat akan kebangkitan rakyat yang sudah kembali menyokong Barisan Nasional (BN). Ini kerana, Barisan Nasional sudah mula sedar akan kesilapan yang mereka lakukan pada PRU ke-12 dulu. Kini, BN terus bangkit dan mendahulukan rakyat seperti apa yang mereka janjikan.

Abdul Hadi sudah nampak, adalah sia-sia apa yang dilaungkan berkali-kali oleh mereka sekiranya gabungan mereka itu hanya pandai menabur janji, tapi tidak ditunaikan dan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, Hj Hadi mengingatkan kepada rakan-rakan gabungannya itu supaya membetulkan keadaan dan mengambil serius dalam hal tersebut kerana untuk mencapainya mestilah dengan kesungguhan.

Rupa-rupanya perkara itu juga dapat dihidu oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau juga mengakui Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan dan tidak ada jaminan pakatan pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum nanti. Oleh itu, katanya pakatan pembangkang mestilah bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran daripada BN.

Sementara itu pula, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya menumpukan kepada kes rasuah yang besar sahaja jika mereka berjaya membentuk kerajaan. Amboi, amboi, sedap betul mulut si Ambiga ni bercakap ye. Apa, mereka tu bersih benar ke, mereka tak pernah rasuah orang ke? Itulah kerja-kerja pakatan  pembangkan ni. Mereka berceramah sesama sendiri dan syok sendiri di dalam 'Majlis Suara Nurani Rakyat Malaysia' , semalam. 

Bagi IBM itulah ucapan yang dikatakan syok sendiri. Rakyat mereka perbodoh-bodohkan. Kesian mereka-mereka yang terikut-ikut sama mereka yang kononnya akan dibawa bersama ke Putrajaya. Kirim salam banyak-banyak le kerana Presiden korang (PAS) pun dah  mengaku kalah sebelum bertempur. - IBM

IMPIAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA ADALAH ANGAN-ANGAN MAT JENING. TUHAN TIDAK AKAN IZINKAN KERANA PR HANYALAH PAKATAN YANG MENIPU RAKYAT 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...