Sunday, January 29, 2012

Hasan, Muhyiddin Senada Kata Pas 'Parasit' Perosak Akidah......

HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. 

PAS tak payah nak berdolak-dalik lagi. Pas juga tak payah nak 'tegakkan benang basah'. Ini kerana segala tembelang dan perangai sebenar orang-orang Pas telah didedahkan oleh bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Pemimpin-pemimpin mereka sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah, seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Menurut Datuk Dr Hasan lagi, adalah tidak lojik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian. Bagi beliau, walaupun pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, namun, beliau tetap juga pergi. Yang menghairankan beliau, kenapa apabila perhimpunan haram Bersih II, pemimpin-pemimpin Pas mengarahkan ahli-ahlinya, malah pemimpin atasan mereka pun turut hadir ke perhimpunan tersebut?. ada masukkk kah?

IBM tabik habis pada Datuk Dr Hasan Ali di atas keberanian beliau berhadapan dengan isu-isu yang selama ini di putar-belitkan oleh Pas dan juga mengelirukan rakyat tentang perjuangan Pas yang sebenarnya. Berbalik kepada 'roadshow' yang sedang beliau jalankan sekarang ini, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, roadshow/himpunan tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Menjelas tentang gejala 'murtad' pula, beliau mengakui bahawa ianya semakin serius dan perlu dibendung segera dan beliau berjanji akan terus berjuang ke arah itu. Mengimbas kembali, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri yang menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat. 


Perkara yang sama juga diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan meminta agar Pas memberi penjelasaan yang lojik kenapa Pas melarang ahlinya dari menghadiri program yang berkaitan 'akidah'.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin, soal akidah adalah soal yang penting dari segi Islam, tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat pernilaian ke atas parti Pas yang dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam. Mana kebenarannya?, tanya Tan Sri Muhyiddin. Apapun, hakikatnya memang Pas pandai berdolak-dalik dan IBM merasakan bahawa pemimpin-pemimpin Pas bukanlah pemimpin yang betul-betul serius memperjuangkan Agama Islam, tapi mereka ini hanya insan yang berselindung dengan rupa dan berpakaian seperti orang-orang Alim. 

Perjuangan mereka sebenarnya adalah soal politik, politik songsang yang mana mereka-mereka ini di perguna dan diperkuda-kudakan oleh rakan kongsi mereka, iaitu PKR dan DAP. Pas bagi IBM, memang HAMPas!!!.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                       --------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...