Monday, January 23, 2012

PKR Bertempur Semasa Sendiri. Anwar Buat Tak Kisah Je!!!!

Kekecohan pada malam tersebut terpaksa di leraikan oleh anggota RELA yang bertugas supaya ianya tidak menjadi lebih teruk. Itulah PKR. Ahli parti yang tidak berdisplin dibawah jagaan Anwar Ibrahim.

CERAMAH ANWAR AL-JUBURI KECOH. AHLI SINDIRI CETUSKAN KONFLIK

IBM di ajak oleh seorang kawan lama orang UMNO kita yang tinggal di Kapar, Klang, kerana menurutnya malam itu ada satu ceramah yang dianjurkan oleh PKR Cabang Kapar. Tetemunya dah tentulah penasihat mereka iaitu DS Anwar Ibrahim. Malangnya, malam tu IBM ada hal keluarga, maka IBM tolak perlawaan tersebut dan minta maaf kerana tidak dapat bersama beliau.

Apapun, IBM minta jasa baik beliau agar dapat merakamkan program tersebut untuk IBM buat entri di blog IBM. Alhamdulillah, beliau berjaya mencatitkan apa yang berlaku pada malam tersebut yang mana kehadiran Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim di sambut dan  dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Mengikut kata kawan IBM tu, kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar yang di gantung oleh ahli PKR Cabang tersebut, tiba-tiba hilang. Kononnya diturunkan oleh penyokong pemimpin lain juga dari PKR beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbndaraan Klang Taman Seri Kerayong.

Bayangkan, keadaan itu berlaku ketika orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai ditolak hingga mencetuskan suasana tegang. Anwar Ibrahim buat indah tak indah saja apa yang berlaku, buat dek je. Walau bagaimana pun, menurut kata kawan IBM tu, keadaan kembali tenang apabila berjaya dikawal oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan. 

Tapi sayang, ucapan yang disampaikan oleh DS Anwar pada malam itu tidak dapat dirakamkan oleh kawan IBM kerana bateri handphon nya weak. Tak apalah tu. Apa nak buat, bukan di sengaja. Agak tidak bersemangat ucapan Anwar pada malam itu, kata kawan IBM dan ucapannya pun agak pendek. Drama tumbuk menumbuk nyaris tercetus ketika Anwar Ibrahim sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut. Sekali lagi Anwar berdiam diri.

Puncanya berlaku kekecohan tersebut kerana rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR Cabang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, maaf, tak ingat nama dan Ahli Jawatankuasa Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula. Pasal poster Anwar tu pun mereka nak bergaduh?. Apa le punya bodohnya ahli-ahli PKR ni. Kenapa le korang sanggup bergaduh kerana manusia seko ni?. Kesian betul korang ni. Setia tak bertempat.

Akhirnya, apabila Anwar belah dari tempat itu, kekecohan tersebut pulih sepenuhnya. IBM difahamkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut, cuma Ketua Cabangnya hanya mengalami luka kecil di dahi kanan. Berbaloi ke? - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                    -----------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...