Friday, January 27, 2012

TUN M Kata, Debat Najib - Anwar Tak Perlu. Buang Masa!!!

KALAU tak silap, baru semalan IBM paparkan tentang isu debat antara DS Najib dan DS Anwar. Hari ini, mantan Perdana Menteri kita, Tun M menyifatkan debat tersebut membuang masa dan tak perlu di adakan. Sama le dengan apa yang IBM katakan di blog IBM semalam. Nampaknya IBM dan Tun M berjiwa sama. Hehehe...bukan masuk bakul angkat sendiri. Ini cara kebetulan saja.

IBM setuju dengan apa yang Tun M katakan. Tak perlu debat seumpama itu diadakan. Ok lah para pembaca sekelian. Jom baca apa yang Tun M katakan tentang isu ini. - IBM


Ini Pandangan Tun M :



DEBAT antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri anwar Ibrahim tidak perlu diadakan kerana tidak m,engubah penderian masing-masing, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat sudah lama memburukkan negara di peringkat antarabangsa dan masyarakat tidak perlu mendengar pendebatan seperti itu.

“Dia nak tunjuk bengis sahaja. Kerja dia hanya mahu burukkan imej negara. Orang nak lawan kita tu pun kita kenal lama dah, tak payahlah,” katanya. Ditanya sama ada pihak menyokong debat mahu melihat transformasi politik baru dalam negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah menetapkan minda mereka dengan situasi politik sedia ada dan sukar menerima perubahan itu.

Beliau mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.
"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.
"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.
Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar kerana pendekatan sedemikian perlu bagi menyuburkan budaya membahas dan membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat dari semasa ke semasa secara konstruktif, membabitkan pemimpin-pemimpin negara.
Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, jika idea itu menjadi kenyataan, ia pastinya akan menjadi satu lembaran baru arena politik negara ini.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     -----------------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

  1. kerja pembangkang semestinya bercakap walaupun kosong tiada isi tiada wawasan hanya membangkang. Itu je kerjanya. Kerja mengurus negara, rakyat dan kerajaan dipikul oleh Kerajaan. So buang masa yg teramat bg PM jika bercakap kpd org yg takan terima apa dia ckp. Apatah lagi berdebat dgn sipenipu AIDS (ANWAR IBRAHIM DAN SEKELUARGA)

    ReplyDelete
  2. Salam bro Ahmad Shukri Mokhtar,

    Memang betul tu. Saya sokong 100% apa yg bro katakan. Pembangkang memang tiada wawasan. Wawasan yg Pas dan PKR dukong hanyalah utk menguatkan lagi pengaruh DAPig yg mengperkuda-kudakan mereka semua. Akhirnya nanti DAPig yg akan berkuasa.

    Bukan saja membuang masa, malah tidak menguntungkan apa-apa di belah kita, kerajaan. Lupakan saja si Al-juburi dan AIDS yg telah banyak menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  3. If u guys (UMNO) benar y not debat ngan dato anuwar ? Nk tkt pa kalau dah korang semua btl ....berani kerana benar takut kerana salah ...

    Btw pasai DAP ...pada masa MIC megurus PENANG y xda ada sumbangan kepada rakyat n hutang bertambah2 ?
    Kalau bro2 (melayu) mara sebab DAP itu parti cainese ...MCA itu PARTI APA ? Yg diketuai bekas pesalah laku ...(skendel sex)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...