Friday, January 6, 2012

Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3


SEMBANG-SEMBANG SUKAN - EURO 2012 :


KUALA LUMPUR – Rangkaian televisyen (TV) Media Prima Berhad mengumumkan telah mendapat  hak siaran langsung perlawanan bola sepak Euro 2012 pada tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan berbincang bagi menentu saluran manakah yang akan menyiarkan siaran langsung itu sama ada TV3, ntv7, 8TV ataupun TV9.
“Kami baru sahaja mendapat hak siaran sebagai stesen penyiar rasmi Euro 2012 di negara ini. Ini adalah salah satu berita gembira dalam Media Prima Nite yang kami umumkan hari ini,” katanya di sini semalam.
Pada majlis itu, Ahmad Izham turut mengumumkan rancangan-rancangan lain yang akan disiarkan melalui empat stesen TV di bawah naungan Media Prima tersebut. - BULETIN UTAMA TV3.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...