SEMALAM, ramai yang tercengang-cengang, hairan dan tertanya-tanya akan kemunculan penyanyi terkenal, Datuk Sharifah Aini di Pejabat Pos Besar Shah Alam. Salah seorsng pengunjung di situ berkata, apa kak Pah buat di sini? Persoalan itu terjawb. Rupa-rupa nya kehadiran kak Pah di situ untuk mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Alhamdulillah. Sedar juga akhirnya kak Pah ni. Maklumlah sibuk dengan dunia hiburan.
Nak tahu siapa yang menyedarkan kak Pah ni untuk mendaftar sebagai pengundi dan betapa pentingnya jadi seorang pengundi? Mengikut kata kak Pah, kesedaran tersebut timbul setelah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati dan menyedarkan beliau. Maka, mendaftarlah kak Pah semalam sebagai pengundi yang sah, dan tidak timbul pula isu dari pembangkang yang kak Pah telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).
Apa yang diharapkan dari kak Pah ialah supaya mengenang kembali akan jasa-jasa kerajaan kepada rakyatnya dan juga selebriti-selebriti tanah air. Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. Harap kak Pah faham dan jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang yang sentiasa cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang ada. Kak Pah tak begitukan? Sekian. Dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA