Friday, June 15, 2012

Peneroka Felda Tersenyum Lebar, "Haram Jadah" Tebeliak Mata, Nak Tahu Kenapa??

WAJIB BACA :


Ekoran Penyenarian FGVBH Di BKL, Peneroka Bakal Perolehi Faedah Sepanjang Hayat

SIAPA tak nak duit, siapa tak nak senang. Semua orang nakkan. Begitu juga dengan para peneroka Felda. Berita yang cukup mengembirakan mereka. kerana bakal memperolehi faedah sepanjang hayat susulan penyenarian Felda Global Ventures Holdings (FGVHB) di Bursha Malaysia pada 28 Jun ini. Satu perkhabaran yang mengembirakan peneroka tanah rancangan Felda ini. Perkhabaran itu di suarakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, semalam. 

Ini, katanya, selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, peneroka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB. Dengan itu 20 peratus itu akan menjadi milik peneroka untuk selama-lamanya selagi ujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...dengan erti kata lain, mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya. Best kan?

Menurut Tan Sri Samad lagi, sebagai contoh, sekiranya selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, maka RM20 juta itu akan dibahagikan kepada 112,635 peneroka terbabit. Wow!!...besar keuntungannya tu. Dan..besarlah pendapatannnya dan mereka akan dapat selama-lamanya. Itulah kata orang, tuan ayam nampak di kakinya, tapi, tuah manusia tak siapa yang nampak. IBM tak dapat nak bayangkan, bagaimanalah agaknya perasaan  para 'haram Jadah' yang selalu menentang akan penyenarian Felda ini dan membawa kes itu ke mahkamah apabila mendengar perkhabaran yang amat-amat gembira ini. 

Agaknya, terduduk tersepok le depa apabila mendengar dan membaca berita ini. Padan muka korang. Asyik terlalu mendengar fitnah orang luar, korang sendiri yang rugi. Tapi..kalau tak malu, tujukkan diri bila  pemberian bonus fasa kedua sebanyak RM5,000 yang akan di serahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Pada 'Hari Peneroka' di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian 'Menara Felda'. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...