Wednesday, June 13, 2012

EURO 2012 : England Mampu Benam Sweeden??

SEMBANG-SEMBANG BOLA ......



ITU Kata Steven Gerrad. Tapi...kita tunggu perlawan tersebut, kerana bola itu 'bulat'. Apapun, Steven Gerrard memuji ‘kekebalan’ benteng England mengekang Perancis, kelmarin dan kini sudah bersuara betapa dia dan rakan sepasukan The Three Lions ada ramuan mengutip tiga mata menjelang pertemuan menentang Sweden, Jumaat ini.

Katanya, mereka gembira dengan memuggut satu mata, tetapi akan menjadikan mata berharga itu jika dapat meningkatkan lagi prestasi ketika menentng Sweeden nanti dan sekali gus memungut tiga mata penuh dan dapat membawa England melangkah lebih jauh lagi, kalau boleh sampai ke peringkat akhir. Gerrard merasakan benteng pertahanan England telah menunjukkan satu peningkatan yang membanggakan, dapat bertahan dengan baik ketika mementang Perancis kemarin.

Dalam perlawanan menentang Perancis kelmarin, Joleon Lescott membuka tirai membuat jaringan untuk England dengan tandukkan pada minit ke-30. Itu adalah gol pertama beliau di peringkat antarabangsa. Tapi, England tidak dapat bertahan lama apabila Samir Nasri pantas mengikis pendahuluan dengan jaringan penyamaan selang sembilan minit kemudian. Memang nasib tidak menyebelahi England. 

Apa yang perlu, England harus bekerja keras dan mencipta rentak perlawanan dan mengamalkan corak menyerang, bukan bertahan kerana perlawanan seterusnya amat-amatlah getir apabila Sweden dan Ukraine menanti mereka. Selamat maju jaya England. Sekian dari saya, majulah sukan bolasepak untuk negara. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...